Nuffnang

APA DAH JADI? Azmin Dicabar Ahli PKR Sendiri


Sekumpulan pimpinan cabang PKR Selangor mendakwa Menteri Besar dan Pengerusi PKR negeri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengamalkan sikap pilih kasih dan utamakan kroni dalam pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bergabung dengan ahli PKR yang lantang, Badrul Hisham Shaharin, kumpulan itu mendakwa Azmin membelakangkan cadangan ahli majlis daripada cabang tertentu di Selangor dan garis panduan oleh Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang dikeluarkan pada 2013.

Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam menyatakan, Fasal 4 Pekeliling tersebut menyatakan bahawa ahli majlis mestilah bermastautin di kawasan mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Garis panduan PKR turut menyatakan cabang sepatutnya memberikan calon mereka kepada pimpinan negeri sebelum disahkan oleh pimpinan pusat, namun ia tidak berlaku, katanya.

“Apa yang berlaku di Selangor, tak ikut apa yang diputuskan dalam mesyuarat cabang. Selepas mesyuarat kami beri cadangan kepada Menteri Besar malangnya beliau tidak ambil nama yang kami berikan.

“Mereka letak nama sendiri untuk kami luluskan, ketua cabang kami bantah dan tak nak luluskan, nama lain dilantik.

“Kami tak puas hati apa yang dibuat oleh Azmin. Tak tahu kenapa cakap tak serupa bikin,” katanya dalam sidang media hari ini.

Murali mendedahkan seorang ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilantik walaupun beliau tidak dicadangkan oleh Cabang Kelana Jaya dan bermastautin di SS 2, Petaling Jaya.

Badrul Hisham pula menyatakan Azmin tidak menghormati PKR dan cabang parti itu walaupun Perlembagaan parti menyatakan cabang mempunyai hak bersuara untuk memilih calon termasuk calon pilihanraya.

Beliau turut memetik laporan sebuah portal pada 22 Januari lalu yang menyatakan ahli DAP, Abdul Aziz Bari dihalang untuk menjadi Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya kerana bermastautin di kawasan Majlis Perbandaran Selayang.

Justeru, beliau meminta pimpinan tertinggi PKR untuk memberikan perhatian terhadap apa yang berlaku di bawah pimpinan Azmin.

“Salah satu kritikan terhadap pentadbiran Tan Sri Khalid (Ibrahim) ialah beliau tidak membantu parti.

“Sekarang macam mana kita nak berkhidmat untuk masyarakat kalau ahli majlis tak duduk di sana, tidak ada hubungan dengan cabang?

“Ini lebih teruk dari UMNO. Azmin tak menghormati parti sendiri. Ini sebabnya UMNO suka dia dan semua kritikan tidak diambil pimpinan UMNO untuk serang Azmin,” katanya. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top