Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

FITNAH : Tun Mahathir Disiasat PDRM - Ketua Polis Negara


GEORGETOWN: Polis akan memulakan siasatan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kandungan blognya yang dilaporkan mempunyai unsur fitnah.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata setakat ini pihaknya menerima beberapa laporan polis yang dibuat sejak beberapa hari lalu.

"Ya, kita akui ada menerima laporan polis yang dibuat sejak semalam dan dua hari lalu.

"Kita akan buka kertas siasatan, dan jika benar ada kes fitnah, kita akan serah kepada Jabatan Peguam Negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang, di sini, pagi tadi.

Dr Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc, 3 Februari lalu, mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Najib.-BH

Kumpulan Mahathir Sebar SMS,, Gesa Rakyat Bangkit Untuk Jihad

Baru-baru ini, beberapa pimpinan NGO dan tokoh-tokoh aktivis mendakwa menerima pesanan ringkas (SMS) yang menyeru mereka untuk bersama bangkit untuk menyingkirkan Najib bagi menyelamatkan negara.

Antara kandungan SMS tersebut ialah 'Ayuh semua bangkit, BERSATU SELAMATKAN MALAYSIA dengan singkirkan Najib'. Gerakan ini perlu disambut dan digerakkan oleh semua NGO dan para aktivis. Parti politik akan menyabut kemudian. Terima Kasih.

Selain NGO dan aktivis, SMS tersebut turut dihantar kepada kumpulan blogger, bekas pemimpin mahasiswa, bekas tahanan ISA dan mereka-mereka yang mempunyai pengaruh dan mampu menarik sokongan masyarakat.

Namun apa yang menarik ialah, rata-rata yang menerima SMS tersebut menyifatkan ia sebagai skrip ulang tayang ketika operasi menjatuhkan Abdullah Badawi (Pak Lah).

Mereka juga berpendapat tindakan itu bukan bertujun untuk menyelamatkan negara tetapi untuk menyelamatkan Mahathir dan kuncunya yang pada ketika ini sedang nazak ekoran 'trasnformasi' yang dilakukan oleh Najib.

Dahulu ketika Mahathir mahu mengulingkan Pak Lah, 'skrip lapuk' yang hampir sama telah digunakan atas nama 'Seruan Jihad Selamatkan Negara'.

Namun apabila Pak Lah berjaya digulingkan, adakah Mahathir meneruskan sebarang usaha untuk memastikan semua wang negara yang dikatakan telah dibawa lari, dibawa pulang?

Apa jadi dengan dakwaan kononnya puluhan juta saham negara yang dikatakan dilarikan oleh Khairy (menantu Abdullah) ke Singapura?

Semua dakwaan yang telah Mahathir lemparkan kepada Pak Lah sebelum itu senyap, kerana hakikat sebenarnya Mahathir bukan mahu untuk menyelamatkan negara tetapi hanya mahu memastikan semua kepentingan dan permintaan beliau serta kroninya terus diberi keutamaan.

Malah pemerhati politik turut berpendapat antara sebab Mahathir menyingkirkan Pak Lah ketika itu disebabkan tindakan Khairy 'mengepung' Pak Lah sehingga semua kepetingan Mahathir dan kroninya tidak dilayan.

Disebabkan itu Pak Lah menjadi mangsa 'amukan' Mahathir yang akhirnya menyebabkan beliau terpaksa meletakkan jawatan.

Setelah beberapa tahun Najib menjadi Perdana Menteri dan beliau dilihat mula 'meninggalkan' Mahathir dengan menolak 'hampir kesemua permintaannya' sehingga menyebabkan kepentingan beliau dan kroni-kroninya terjejas.

Maka Mahathir kembali 'mengamuk' dengan harapan 'kuda yang baru' dipilih nanti akan akur dan tunduk dengan semua permintaan beliau dan kroni-kroninya.

Persoalannya sampai bilakah kepimpinan negara harus ditentukan oleh Mahathir semata-mata untuk memastikan beliau dan kroni-kroninya 'kenyang' dengan hasil negara dan titik peluh rakyat? - SUMBER
Share this article

5 Komen:

  1. PERSOALANNYA, BILA NAJIBNAK TURUN.............??????
    Sudah boshsan tengok muka biawak dia.
    Kembang macam tapai basi.

    BalasPadam
  2. Kalau Tun M bising nak siasat. Ada laporan polis yang dibuat tentang Najib sikit pun tak bunyi.

    Paham2lah semua. Gani Patail kena serang, Zeti kena serang, SPRM kena serang; yang tak kena serang adalah KPN sahaja berkaitan penyiasatan Task Force tentang 1MDB. Persoalannya, kenapa dia sorang sahaja yang kebal? Kabel la tu....

    BalasPadam
  3. Kalau pegawai kerajaan lain terima duit derma masuk account sendiri... dah lama dah.


    Inilah umnu dan lawak nyer.

    ABU

    BalasPadam
  4. how to earn money using internet at home free training and tips and tricks It is a matter of a website in order for you to enjoy learning
    Learn free Online Earning Tips

    BalasPadam
  5. Tun x de beza dengan orang lain. Kalau dia salah, antar mankamah, cari keadilan. Undang2 x pilih bulu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top