Nuffnang

Tun Mahathir : Jangan Hina Budaya Kami - Pelajar Kazakhstan


Tindakan Tun Mahathir mempertikaikan hantaran yang diberikan kepada anak Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib ketika majlis perkahwinannya telah menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pelajar Kazakhstan di Malaysia.
Satu surat terbuka terhadap mantan PM Malaysia itu dengan menegaskan bahawa mereka tidak mahu Tun M menghina budaya yang diamalkan dinegara mereka.

“Ini bukan pertama kali permainan politik menganggu perhubungan diantara malaysia dan Kazakhstan dan kita mesti sedar setiap kali permainan politik ini digunakan tanpa sebarang bukti dan hanya kenyataan dari beberapa ahli politik yang mana menggunakan perkahwinan ini sebagai alat politik.” katanya.

Tambahnya lagi, sudah menjadi kebiasaan dalam adat mereka mesti meraikan pihak isteri .

“Dalam adat kami, suami mesti meraikan pihak isteri dan untuk melakukan demikian mereka akan memberikan hadiah yang banyak kepada pengantin perempuan.

“Tradisi ini telah bermula sejak zaman nenek moyang mereka lagi apabila pihak lelaki akan berebut wanita untuk dijadikan isteri yang mana menjadi petunjuk bahawa suami mampu menanggung isteri dan sanggup untuk melakukannya.” katanya.

Dalam pada itu, mereka memberitahu Nooryana yang merupakan anak perdana menteri bersama suaminya Daniyar seringkali membantu mereka menguruskan pelbagai aktiviti sambutan kebudayaan dan Nooryana sendiri telal mengumpul dana untuk pelbagai badan – badan kebajikan.

Dalam surat terbuka itu juga, mereka mahu permainan politik Tun M dihentikan.

“Kami menghormati Dr. Mahathir namun kami mengharapkan ini adalah kali terakhir, apabila ahli politik yang mementingkan kepentingan politik mereka yang mana akan menggugat perhubungan antara negara dan berharap agar menghentikan permainan politik yang tidak kena tempat.” - SUMBER
Share this article

7 Komen:

  1. Tak nmpak pun tun m hina. Tun m cuma kata majlis dan tong2 hadiah nmpak sikap terlampau boros dan tak padan dgn pendapatan bugis. Bunga tulip saja dah rm3 juta. Bila pulak menantu bugis buat persiapan dewan? Ini kan taste kakmah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iyalah tu, Tun M tak menghina ...

      Tun M hanya menggunakan hukum dari buku karmanya saja kan? Mungkin dia nak ikut jejak Sasauwan Negara yg berjambang berjanggut putih mcm chimpanzee albino DAP tu agaknya.

      Begitulah jadinya bila dah lupa diri, gila dunia, gila kuasa dan gila segalanya.

      Yg tukang komen pun ikut sama memanjangkan fitnah tanpa membaca dan mengetahui perkara sebenarnya, hanya terdetik dek rasa dendam dan kebencian yg menguasai jiwa raga. Untung tu buat bekalan masa tua ...

      Padam
  2. tanpa nama 1.29, kau pernah pergi kedai bakeri tun m di langkawi. berapa harga seketul roti dan secawan kopi di situ ye?

    BalasPadam
  3. Budaya yg menganjurkan berlebihan dlm apa jua majlis tidak elok diteruskan.Hidup sederhanalah.

    BalasPadam
  4. Majlis kawen dibuat di Malaysia, belah pihak pompuan
    tapai apasal ikut budaya Kazakhstan...........?????
    Kalau majlis di Kazakhstan, buatlah ikut budaya sana,
    takda sapa komen.
    Kaya sangatkah bangsa Kasakhstan ni sampai ada budaya mewah antaran 16
    TONG berisi barang-barang berjenama mewah............???
    Kat Malaysia walaupun ada amalan berbalas hantaran, tapi buat ikut
    kemampuan dua-dua pihak. Takdalah sampai bertong-tong isi barang
    mewah. Kat majlis sandingnya, ada berpuluh-puluh TROLLI penuh barang mewah!!!!
    Ini AKU TENGOK DALAM GAMBAR MAJLIS KAWENNYA, bukan Tun M yang cakap, ye.

    BalasPadam
  5. Ini malaysia la...apa pulak budak kazakhtan nak sentap...budak malaysia pun sentap apa bila budaya kawin cara 'kazakhtan' bermewah mewah dengan keadaan ekonomi yang tak menentu...oppps...soory...itu duit korang..suka hati korang la kan...budak2 ni yang kahwin..tapi kena ingat....anda marah...ingat orang lain tak marah?

    BalasPadam
  6. Majlis tu hak peribadi. X payahlah nak mengumpat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top