Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TIDAK BERASAS : Menantu Najib Jawab "Rekayasa" Tun Mahathir


“Saya dengan rasa hormat meminta Dr Mahathir berhenti menggunakan perkahwinan saya, isteri saya dan saya sendiri untuk kepentingan politik.

“Saya percaya Dr Mahathir sebagai seorang ahli politik yang bijak, seorang bapa dan suami pandai menilai apa yang salah dan apa yang betul untuk bercakap,” katanya.

Menantu Perdana Menteri, Daniyar Kessikbayev menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak memberi 16 tong hadiah kepada keluarga beliau pada majlis pertunangan dengan Nooryana Najwa pada 17 Jun 2011.

Daniyar menjelaskan, hadiah itu sebaliknya adalah pemberian pihak keluarga lelaki kepada keluarga Perdana Menteri dan juga bakal tunangnya ketika itu, Nooryana Najwa.

Katanya, tidak pernah wujud 16 tong hadiah seperti yang didakwa Dr Mahathir tetapi hanya 16 kotak hadiah yang diberikan kepada tunangnya, yang menjadi sebahagian tradisi masyarakar Kazakhstan.

“Saya ingin menjelaskan bahawa hadiah berkenaan adalah daripada saya sebagai mahar kepada Nooryana yang diberikan dalam 16 kotak bukannya 16 tong.

“Sebagai bakal suami pada masa itu, pemberian tersebut merupakan sebahagian daripada tradisi masyarakat Kazakhtan untuk bakal isteri pada masa akan datang termasuk barang kemas, minyak wangi dan sutera.

“Pemberian hadiah ini wajar untuk keluarga saya mengekalkan tradisi kami. Malah kami berbangga untuk berkongsi warisan Kazakhstan bersama keluarga baru di Malaysia,” katanya.

Daniyar berkata, pemberian hadiah tersebut merupakan hasil titik peluhnya sendiri bukannya menggunakan wang keluarga atau wang Kerajaan.

“Saya tidak mempunyai apa-apa urusan atau sebarang bentuk perniagaan dengan kerajaan Malaysia. Saya juga tidak mengambil wang daripada rakyat Malaysia yang tercinta,” katanya.

Sehubungan itu, Daniyar dengan penuh hormat menggesa Dr Mahathir supaya berhenti menggunakan perkahwinannya dengan Nooryana Najwa sebagai subjek politik.

Daniyar dan Nooryana Najwa berkahwin pada 19 Mac 2015.

Baru-baru ini, Dr Mahathir mendakwa majlis pertunangan anak Perdana Menteri, yang pernah dihadirinya sebelum ini menyediakan hadiah sebanyak 16 tong untuk diserahkan kepada bakal menantunya.

Kenapalah sampai jadi begini Tun? Mengapa sanggup merendahkan darjat Tun dari seorang negarawan yang disanjung dan dihormati bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruh dunia kepada seorang yang merekayasa sebuah cerita tidak benar.

Ramai dan memang masih ramai yang menyanjungi serta menghormati Tun. Akan tetapi, janganlah sampai tindakan-tindakan Tun sendiri yang akan "merentap" perasaan itu daripada mereka. Fikir-fikirkanlah....
Share this article

12 Komen:

  1. Kalau Tun Dr. Mahathir buat fitnah, maka pasal apa Najib tidak menyaman Tun Dr. Mahathir hingga ke hari ini?

    Tak payah putar sana sinilah, sila saman sahaja Tun Dr. Mahathir jika beliau betul-betul buat fitnah, sebab kata orang tua-tua, berani kerana benar, takut kerana salah, apakah keberanian Tun Dr. Mahathir bercakap mengenai isu ni adalah bukti beliau di pihak yang benar, kerana Najib begitu takut untuk menyaman Tun Dr. Mahathir walaupun Tun Dr. Mahathir telah mendedahkan banyak perkara melibatkan penyelewengan Najib selama ini.

    Blogger pecacai Najib teruslah jadi balaci Najib ye, nanti Najib lemparlah keropok mamee monster, air kotak yeo's, kuaci, gula-gula dan duit dua tiga puluh sen ke muka korang.

    Lawaklah sebab hingga kini Najib tak berani saman The Wall Street Journal walaupun Najib dan peguamnya mengugut nak saman The Wall Street Journal sejak hari Selasa pada bulan Julai 2015, tapi sampai sekarang sudah lebih 30 Selasa berlalu sejak Selasa bulan Julai 2015 itu, Najib langsung tak berani saman The Wall Street Journal pun.

    Ini membuktikan Najib memang ada buat salah, sebab itulah dia takut untuk menyaman Tun Dr. Mahathir malahan takut nak saman The Wall Street Journal kerana apa yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir dan The Wall Street Journal itu adalah perkara yang benar sebab Tun Dr. Mahathir dan The Wall Street Journal begitu berani dan konsisten dengan pendirian mereka.

    Sedarlah semua.

    Salam perjuangan A Ba Ta,

    Ikhlas daripada,

    Abu Bakar

    BalasPadam
  2. Asal orang tak saman maka orang itu buat salah. Memang lah dasar dah kena bakar jadi abu pun masih merayau cari tuan. Mahathir dah hidang ancak belasahlah puas-puas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cybertrooper Biro IT Najib dah makin celaru, soalan tidak dijawab, tetapi banyak lebih yang merapu.

      Kau tu yang tengah mencari tuan baru sebab lepas ni Najib dihumban ke penjara kelak.

      Sedarlah semua.

      Salam perjuangan A Ba Ta,

      Ikhlas daripada,

      Abu Bakar

      Padam
  3. apa susah...x betul saman jer la...untung apa dapat $$$....sekurang kurangnya rakyat tahu mana intan dan mana kaca....berani kerana benar takut kerana ?

    BalasPadam
  4. Aku prcaya saja cakap Tun M.
    Apa ada dengan 16 tong.......mungkin Tun silap kira tak. Yang sebenarnya berpuluh-puluh TONG!!!!!!!!!!................hahahah.
    Aku berani cakap ni base on harga bunga je dah cecah rm3 juta masa majlis kawen yang Tun tak dijemput tu. Barang-barang hantara berpuluh TROLLI. Ini bukan fitnah, ini kenyataan. Gambar-gambar majlis kawen yang di buat di Malaysia tuah saksinya. Kalau boleh tepek gambar-gambar tu, memang ramai yang akan tepek dalam blog ni.
    Tun tak fitnah, dia cuma salah kira.
    Sebenan rya bukan 16 tong tapi berpuluh-=puluih tong atau rolli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik Minah, Tun M tak salah kira, dia cakap apa yang dia nampak, sebab mungkin lepas Tun M balik dari majlis tu, banyak lagi yang yang dipunggah ke majlis tunang anak Najib tu.

      Berani kerana benar, takut kerana salah, apahal Tun M berani dedahkan apa yang beliau nampak, sebab beliau di pihak yang benar, apahal Najib tak berani saman Tun M, sebab apa yang Tun M cakap tu benar, Najib takut nak sanggah kerana kalau dibawa ke mahkamah, menggelepar Najib nak patahkan hujah Tun M pula nanti.

      Padam
  5. Tungku pecat Mahathir. Tun Razak kutip. Jadilah ia PM selama 22 tahun. Buruk baik kerja dia ISA sebagai senjata ampuh dan sakti menjadikan ia kebal tak lut dik undang2.

    Najib telah musnahkan senjata itu maka Najib bukan lagi ada kuasa ampuh untuk melindungi dia. Najib adalah Pahlawan yang sedia berdepan mata tentang mata. Bukan saman digunakannya, hanya jika awak ada bukti sahih gunakanlah.

    Mahathir amat kecewa kerana sudahlah tiada senjata ISA, kuasa pun turut hilang. Namun demikian sikap orang yang tak kenang budi nak dibuang pula anak orang yang telah menyambung nyawa politiknya.Tanpa alasan yang kukuh hanya melalak kesana sini.

    Untuk mendapat sokongan maka jelmalah Jin dari abu-abu yang terbakar merasuk dengan bermacam2 fitnah untuk memesongkan peganggan manusia yang sentiasa menjadi musuhnya.

    Untuk Abu yang Terbakar, Najib tatap menjadi pujaan hati kami. Walaupun saban waktu awak menghasut, walaupun awak anggap kami sebagai penjilat, Najib tatap menjadi pujaan hati kami.

    BalasPadam
  6. Aku baru baca blog RPK. Dia kata tun ambil duit UMNO rm100 bil atau 200 bil...Bolehkah che det angkat sumpah Alquraan yg perkara ini x benar? Ia dianggap benar sehingga dia buktikan x benar. Atau tun boleh minta SPRM, BNM, PAC, Audit siasat. Najib dah buat dlm isu yg didakwa. Keputusannya Najib x bersalah.

    BalasPadam
  7. Tong kalau besar orang panggil tangki...kotak kalau sebesar kontena pun orang masih panggil kotak lagi. Menantu dia nak bagitahu Kat rakyat Malaysia bahawa tong tu kecil Dan tak layak dikaitkan dengannya.

    BalasPadam
  8. RPK ni penulis upahan...ada duit ada kerja. Kalau betul Mahathir mengelap kan beratus bilion Wang negara , arahakan Sprm, BNM ,PAC Dan segala agensi kerajaan siasat beliau. Buktikan kesalahan beliau....Lagipun pun semua agensi tersebut dibawah kuasa kerajaan yg dipimpin oleh PM.

    BalasPadam
  9. Rpk..walau penulis upahan setiap butir kata yang dia luahkan kalau tak betul boleh jadi fitnah...so kalau TM rasa dia difitnah samanlah....lagi satu tak perlu SPRm ke Polis ke siasat...dah tahu tengok anak beranak TM tu pun cukup...anak orang kebanyakan ,dipilih Allah bapa jadi Pm 22 tahun...tetiba anak jadi billionair bukan sorang tapi 4 orang....kita dah cakap kami tidak cemburu dengan kekayaan yang kamu miliki anak beranak mungkin itu dah Qada dan Qadar Allah ...betul ke tidak jalannya itu semua kamu cakap depan Allah cuma janganlah orang lain kaya dan sanggup berhabis untuk majlis petkahwinan anak mereka .TM melompat tak senang duduk...tuduh orang tu curi duit rakyat...orang tua tua .pernah berpesan...paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih ..kot...TM tu Tun Mahathir..

    BalasPadam
  10. Semua dakwaan Tun terhadap Najib ternyata x benar. Kes hantaran ini juga x benar. Dulu dia marahkan Najib x jawab fitnahnya. Kenapa sekarang dia x jawab dakwaan2 dlm blog RPK tu?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top