Nuffnang

PENGARUH POLITIK : Bekas Ketua Polis Negara Tegur SPRM


Kerana persepsi, macam-macam boleh berlaku. Macam-macam akan disalahtafsirkan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bekerja mengikut prosedur, jika tidak, mungkin ada pihak yang boleh menjadi mangsa keadaan, kata Tan Sri Musa Hassan.
Bekas Ketua Polis Negara yang kini ahli lembaga penasihat SPRM, berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan saluran radio SPRM, macc.fm, mengenai persepsi negatif orang ramai mengenai agensi penguatkuasaan itu dipengaruhi isu politik.
"Persepsi tersebut menguasai orang ramai pada hari ini kerana mereka terdedah kepada banyak berita negatif dan berita yang dipolitikkan.
"Namun ia bergantung kepada kita sebagai agensi penguatkuasaan untuk menunjukkan kepada orang ramai bahawa kita telus dalam menjalankan tanggungjawab. Nasihat saya untuk SPRM adalah ikut prosedur. Jangan menyimpang dari prosedur itu.
"Sebagai contoh, orang ramai mahu tahu lebih banyak tapi anda tidak boleh beritahu mereka. Orang ramai hanya boleh diberitahu (mengenai siasatan) apabila tertuduh dihadapkan ke mahkamah.
"Kita tidak mahu sesiapa sahaja menjadi mangsa keadaan. Kita perlu menjalankan tugas mengikut undang-undang dan bekerja dengan telus," katanya dalam temubual dengan radio tersebut pada Khamis.
Selain itu, Tan Sri Musa juga turut sempat memberikan nasihat dan teguran kepada pihak media supaya mereka lebih beretika dalam menjalankan tugas sewaktu melaporkan sesuatu berita.

Beliau berkata, sesetengah laporan media hanya dijadikan sensasi dengan mempolitikkan beberapa isu yang dibangkitkan berbanding melaporkan perkara sebenar terutama yang melibatkan VIP.- SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top