Browse » Home »
Berita
,
Rakyat
» PENGGANTI GABENOR : Kenyataan Zeti Pasti Buat Pembangkang Meroyan!!!
PENGGANTI GABENOR : Kenyataan Zeti Pasti Buat Pembangkang Meroyan!!!
Siapa pengganti Gabenor Bank Negara? Hanya berbaki kira-kira dua bulan sebelum kontraknya tamat April ini, Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz masih enggan mendedahkan maklumat lanjut berkenaan penggantinya.
Walau bagaimanapun beliau berkata, pengumuman tersebut bakal dilaksanakan.
“Anda akan dimaklumkan apabila tiba masanya, kerana ia sesuatu yang pasti akan berlaku.
“Ada proses (pemilihan Gabenor baru) yang perlu diikuti, jadi anda semua perlu bersabar buat masa sekarang,” katanya ketika melancarkan Platform Akaun Bersepadu (IAP), sebuah platform pelaburan perbankan Islam baru di Bangunan Sasana Kijang di sini hari ini.
Beliau mengulangi bahawa proses pemilihan gabenor baru mengambil tempoh sedemikian lama kerana ia dilakukan dengan teliti dan mendalam.
Ini bagi memastikan pengganti beliau mempunyai kelayakan yang diperlukan di samping memenuhi semua kriteria yang diperlukan.
Beliau juga menambah walau siapapun yang dipilih menggantikannya menerajui bank pusat, rakyat tidak perlu gusar kerana Bank Negara kekal kukuh sebagai sebuah institusi kewangan.
“Sebagai sebuah institusi, bank pusat mempunyai kekukuhan dan daya tahan yang baik,” tambah Zeti.
Mengulas mengenai aspek kebebasan bank pusat ekoran pelantikan gabenor baru, Zeti menzahirkan keyakinan beliau bahawa Bank Negara akan kekal sebagai entiti bebas dan berintegriti tinggi.
“Kebebasan kami adalah kebebasan secara organisasi secara keseluruhannya.
“Saya menerajui bank pusat sepanjang kepimpinan lima Menteri Kewangan dan tiga Perdana Menteri, saya telah menikmati kebebasan ini sepanjang tempoh tersebut.
“Saya jangka ini akan berterusan walaupun selepas saya meninggalkan bank pusat,” kata beliau.
Hmmm.....Zeti sendiri dah akui Gabenor Bank Negara bebas dari politik ataupun arahan sesiapa. Kepada pemfitnah-pemfitnah yang mengatakan Perdana Menteri menekan dan mengarahkan sesuatu tindakan, telanlah balik fitnah-fitnah tu.
Kalau yang muslim, jumpa di padang Masyar je la nanti.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



isu kuil bukan penindasan kaum india

number of flood victims in johor remains at 909 pe...

here s how we re helping developers build safer an...

raya couple pose ideas 2025 contoh posing bersama ...

starvendors kl mega raya fest 2025 festival no 1 k...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
Janji Gavenor yang baru bukan dari kalangan ahlul politik
BalasPadamx kisah..Malaysia ramai otak geliga..dpt info dari hp pon bole ulas bagai..
BalasPadam