Nuffnang

KHAIRY : Realiti Anak Muda Kita Tidak Mahu Kerja Kotor Dan Bahaya


Cabaran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar belia melakukan pekerjaan kotor bagi mengurangkan pergantungan kepada buruh asing adalah kenyataan yang mencerminkan realiti semasa, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin hari ini.

"Anak muda Malaysia, mereka tidak mahu ambil pekerjaan yang ditawarkan kepada pekerja-pekerja asing.

"Terutamanya pekerjaan yang berbahaya dan kotor," kata Khairy pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penutup di Sidang Kemuncak Kepimpinan dan Aspirasi Nasional 2016 di PWTC.

Terdahulu, Zahid hari ini mencabar golongan belia melakukan pekerjaan 3D iaitu 'Dirty, Difficult and Dangerous' (Kotor, Sukar dan Berbahaya) jika menolak kemasukan pekerja asing ke negara ini.

Tegasnya, jika perkara itu mampu dilakukan, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pekerja asing termasuk warga Bangladesh.

Mengulas lanjut, Khairy berkata beliau melihat kenyataan Zahid merupakan suatu penjelasan terhadap permintaan buruh asing di negara ini.

"Cadangan (bawa masuk 1.5 juta rakyat Bangladesh) telah mencetuskan banyak reaksi.

"Apa yang dikatakan oleh TPM (Zahid) adalah permintaan untuk pekerja buruh di ladang-ladang, tapak pembinaan dan industri perkhidmatan. Kawasan di mana tidak ada permintaan (untuk bekerja) dari pekerja tempatan.

"Jika belia Malaysia sanggup bekerja sebagai buruh di tapak pembinaan dan ladang-ladang maka sudah tentu kita dapat mengurangkan pergantungan kepada buruh asing," katanya.

Pada masa yang sama, Khairy berkata kerajaan juga menggalakkan pertumbuhan industri yang kurang bergantung kepada tenaga buruh.

Bukan itu sahaja sebenarnya. Penulis yang pernah menguruskan Bahagian Sumber Manusia di sebuah pasaraya terkenal turut memahami dan menerima keadaan ini.

Bukanlah tidak patriotik atau sekadar mengejar keuntungan semata-mata, namun kerenah pekerja tempatan betul-betul memeningkan kepala. Kenyataan ini bukanlah merujuk kepada semua pekerja kita, tetapi mengikut kajian yang sempat penulis buat dulu, hampir keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia "dimenangi" pekerja asing.

Kalau ikut penulis, bukan setakat kotor dan bahaya, tetapi faktor 'imej' dan juga "glamour" turut diberi perhatian oleh pekerja warga kita. Bayangkan kerja di pasaraya sebagai jurujual, di mana kotor dan bahayanya? Akan tetapi tetap sukar bagi penulis yang pada masa itu menguruskan sumber manusia. 

Bayangkan hampir setiap minggu akan ada saja pekerja tempatan yang berhenti kerja. Dan setiap bulan jugalah penulis terpaksa mengadakan pengambilan baru dan sesi orientasi. 

Bagi sesetengah kes, penulis terpaksa "menarik" pekerja asing tersebut dari bahagian setor untuk bertugas di barisan hadapan bagi menampung kekosongan samada akibat berhenti mengejut atau ponteng dari pekerja tempatan.

Kepada yang asyik menyalahkan kerajaan khususnya dalam isu ini, penulis cabar anda semua untuk menyediakan tenaga kerja yang dijamin sekurang-kurangnya dapat bertahan di sesuatu tempat kerja selama setahun. (Pekerja asing biasanya 2 tahun). 

Jangan asyik menyalak dan menyalahkan orang lain. Cermin diri dan tanyalah hati.
Share this article

1 Komen:

  1. Belia bukan saje x nak kerje kotor dan bahaya. Kerja biasa pun x nak.

    Sebab ape???????????????????????????????????

    Sebabnye majikan(Melayu/Cina/India sama jer) kat negara ni semua nak untung/kaya cepat.

    Kebajikan pekerja letak kat lutut. Tekan pekerja nak mampus. Nak naik gaji pikir 1000x. Nak buang pekerja cepat je pikirnye.

    Menteri tahu ke tak hal ni?

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top