Nuffnang

TAK TAHAN DAH : Akhirnya DAP Isytihar PAS Musuh Utama!!!


Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, mengisytiharkan pendirian parti itu yang menyifatkan PAS sebagai musuh utama.

Katanya, ia susulan kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad, semalam yang menganggap DAP sebagai musuh parti berkenaan.
“Dia (PAS) dah isytihar (sebagai musuh), kita sahut kerana kita pantang dicabar.

“Dalam pentadbiran kerajaan negeri, kita bersikap profesional. Untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang, kita tetap menempatkan calon DAP bagi kerusi ditandingi PAS,” katanya.

Beliau ditemui di Istiadat Angkat Sumpah dan Pengurniaan Watikah Pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Daerah Kuala Langat, Timbalan Mufti, Ketua Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Kayangan di sini, pagi tadi.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan menyempurnakan majlis berkenaan.

Sementara itu, Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, berkata PAS akan menjadikan DAP sebagai musuh pada PRU akan datang.

“Buat masa ini, kita akan tetap bekerjasama dan meneruskan kerjasama parti sehingga PRU akan datang,” katanya.

Pada Ijtimak Pilihan Raya PAS Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor semalam, PAS menganggap DAP musuh terbaharu mereka.

Ia berikutan tindakan DAP yang mahu meletakkan lapan calon di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang PAS di Selangor pada PRU akan datang.

Persoalannya mengapa perlu tunggu sehingga PRU 14? Rasanya PAS lebih kuat sekiranya benar-benar berjuang di atas kepentingan bangsa dan agama? Betul tak?
Share this article

1 Komen:

  1. akhir nya sedar jugak PAS ni ye..?? setelah ber kati kati tahik babi d telan...tahaluf siyasi la kunun...!!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top