Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BEKAS TAHANAN ISA : Pembangkang Memang Tidak Boleh Diharap!!!


Kepimpinan pembangkang sedia ada tidak layak mengemudi Malaysia keluar dari kemelut, kata bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Irene Xavier.

Bekas aktivis yang ditahan semasa Ops Lalang 1987 itu menambah, nasib negara ini lantas berada dalam tangan rakyat.

“Pembangkang tidak punyai wawasan politik dan strategi organisasi. Bahkan, dalam hal perkara asas pun pembangkang tidak boleh bersepakat.

“Pembangkang terlalu tertumpu pada dirinya sendiri hinggakan mereka tidak kisah saling mengorbankan parti kawan demi kepentingan masing-masing,” kata Irene, dengan memberi contoh pertelingkahan antara PAS dan DAP berkenaan isu perlaksanaan hudud di Kelantan.

Persengkataan terbuka antafa dua parti itu membawa kepada terkubur pakatan pembangkang yang kuat, Pakatan Rakyat.

Berucap di wacana bertajuk “Mahathirism vs Najibism”, di sini, malam tadi, Irene berkata pada tahun kebelakangan ini Pakatan Rakyat menonjolkan sifat mengambil kesempatan, dan saling ‘jual beli’ antara satu dengan yang lain demi memenuhi matlamat parti semata-mata.

Lantaran itu, rakyat perlu bersatu dan bangkit untuk impian sebuah negara yang rakyat idamkan, tambahnya.

“Harapan terbit setiap kali rakyat mahu bersuara. Kita saksikan perkara itu di serata dunia. Melalui cara sendiri, rakyat di negara lain berjaya membawa reformasi yang dimahukan.

“Unsur itu (kemahuan untuk bersuara menyentuh isu yang hampir pada diri masing-masing) masih ada di negara ini dan itulah kekuatan kita.”

Beliau menjelaskan Malaysia bukan seperti Singapura kerana masih ada kebebasan akal yang membolehkan kita menganalisis pelbagai bentuk situasi yang dihadapi.

“Itulah yang akan membantu kita keluar dari kemelut yang sebenarnya berpunca daripada ahli politik.

“Barangkali masih jauh lagi perjalanan ini namun saya masih percayakan kuasa rakyat.” - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top