Nuffnang

DILEMA DAP : Pemimpin Sendiri Pun Anti Melayu Macam Mana Nak Sokongan Melayu?


DAP berada dalam dilema apabila segelintir pemimpin dan ahlinya sendiri tidak senang dengan hasrat parti itu untuk menerima keahlian daripada orang Melayu dan Bumiputera.

Pengarah Strateginya, Dr Ong Kian Ming berkata reaksi negatif terhadap cadangan itu tidak membantu untuk mengikis imej cauvanis yang didakwa sudah sebati dengan DAP.

"Ada ramai pemimpin DAP yang mahu DAP menambahkan keahlian daripada kaum Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

"Tetapi dalam masa sama, ada juga ahli dan pemimpin DAP sendiri tidak begitu senang dengan cadangan DAP hendak mencapai 50 peratus ahlinya daripada orang Melayu dan Bumiputera dari Sabah dan Sarawak," katanya pada Forum bertajuk 'Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14' di sini,  malam semalam.

Mengulas lanjut, Kian Ming juga berkata jika dilema itu dapat diatasi, DAP dapat mengurangkan persepsi negatif dan memenangi undi Melayu pada PRU14 akan datang.

Dalam pada itu, Kian Ming selaku Ahli Parlimen Serdang berkata lagi, jika hasrat DAP itu berjaya menarik lebih ramai ahli Melayu ke dalam parti itu, ia juga tidak disenangi pihak lain.

"Ketika mesyuarat perjanjian Pakatan Harapan baru-baru ini, Amanah Johor mencadangkan supaya DAP tidak meletakkan calon Melayu di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor.

"Saya rasa ini adalah sesuatu yang mesti ditangani sebagai satu cabaran jika DAP dan parti pembangkang bersama Pakatan Harapan mahu memenangi lebih undi Melayu," katanya lagi.

Sedikit Melayu Tidak Jadikan DAP Parti Bebilang Kaum

DAP akan terus diragui sebagai parti berbilang bangsa selagi kehadiran orang Melayu dalam parti itu kekal sedikit berbanding bangsa lain.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, berkata kewibawaan DAP memperjuangkan Melayu telah menjadi perbincangan umum, apabila tinjauan terbaharu mendapati parti itu tidak mendapat kepercayaan dalam kalangan Melayu terutama di luar bandar.


“Hanya dengan meletakkan beberapa calon Melayu langsung tidak memadamkan fakta yang DAP ini adalah parti untuk orang Cina,” katanya menerusi blognya sskeruak.blogspot.com, semalam

Salleh berkata, DAP perlu menggandakan usahanya untuk memadamkan imejnya selaku parti orang Cina dan ia hanya akan berlaku jika lebih 50% akar umbinya terdiri daripada Bumiputera.

Sementara itu, Salleh berkata, antara perbincangan yang hangat diperdebatkan ketika ini adalah mengenai DAP meletakkan calon Melayu dalam pilihan raya umum akan datang, lebih-lebih lagi di kerusi yang ditandingi PAS.

“Sudah tentu, mereka maksudkan kerusi yang disandang PAS di kawasan bandar atau pengundi bercampur dan bukan kerusi di luar bandar, sebab pengundi luar bandar 90% atau lebih adalah Melayu. DAP langsung tiada peluang menang,” katanya.

Salleh berkata, UMNO dan PAS adalah parti orang Melayu, manakala PKR pula parti berbilang bangsa yang akar umbinya adalah Melayu meskipun pemimpin dan calonya bukan Melayu.

“Keadaan ini adalah berbeza dengan DAP yang majoriti akar umbinya adalah orang Cina,” katanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top