Nuffnang

PATUH SYARIAH : Kenyataan Ridhuan Tee Akan Buat Tun Meroyan?


PETALING JAYA : Penceramah bebas dan pensyarah, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyambut baik keberanian Rayani Air meletakkan asas patuh syariah sebagai dasar utama syarikat penerbangannya.

Menurutnya, walaupun pemilik syarikat itu bukan Islam, tetapi mereka memahami budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia.

Dalam masa yang sana, Ridhuan turut mencadangkan lapan sebab supaya syarikat bukan Islam lain perlu mematuhi kehendak syariah kerana pertamanya Malaysia adalah negara Islam dan Islam merupakan agama Persekutuan.

“Kedua, ajaran (agama) apakah di dunia yang menghalalkan wanita berpakaian seksi, menghalalkan arak, judi dan lain-lain lagi. Hina sungguh sesuatu agama itu jika ada yang menghalalkan perkara di atas yang amat ditegaskan dalam Islam.

“Ketiga, jika berpakaian seksi itu dibolehkan, kenapa bila duduk terkangkang kerusi kenderaan awam perlu dirapatkan pahanya. Biarkanlah terbuka.

“Saya difahamkan pada asalnya pakaian pramugari tambang murah itu skirt sampai ke lutut. Tetapi bila tiba kepada pramugarinya, bukan sahaja disingkatkan, malah dibelah lagi,” katanya menerusi kolumnya di Sinar Harian hari ini.

Tambahnya sebab keempat syarikat bukan Islam perlu patuh kepada syariah adalah kerana terdapatnya aduan daripada pramugari yang menyatakan kesedihan akibat terpaksa berpakaian seksi dan melayan penumpang minum arak.

Katanya, sebab kelima adalah isu pesawat penerbangan yang terpaksa berpatah balik gara-gara penumpang mabuk baru-baru ini juga perlu diambil pengajaran.

“Keenam, pelancong datang bukan nak minum arak tetapi melihat negara, budaya dan cara hidup kita. Kualiti arak mereka jauh lebih baik dari kita. Yang kita hidangkan pun adalah arak yang diimport daripada mereka.

“Ketujuh, sama juga membuat pertunjukan rock, R&B dan lain-lain budaya barat kepada pelancong. Bukankah sepatutnya inang, zapin, keroncong, caklempong dan lagu-lagu etnik Cina, Sabah dan Sarawak

“Kelapan, apa sebenarnya identiti Malaysia saya masih tercari-cari. Kita sudah menjadi lebih barat dari barat, sehingga tidak mustahil jadi keparat,” tegasnya. - SUMBER
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top