Nuffnang

TUNTUTAN PALSU : Pegawai JKM Dihadap Ke Mahkamah!


Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berusia 54 tahun mengaku tidak bersalah hari ini kerana mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM5,000 bagi membekalkan pakaian seragam, dua tahun lalu.
Syed Mohd Abdul Ghani Syed Ali, yang bertugas di JKM daerah Mersing, didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Baru kerana mengemukakan tuntutan palsu sebanyak RM5,000 pada 24 September 2013 kerana membekalkan pakaian seragam bagi Kelab Sukan dan Rekreasi JKM Mersing.

Terdahulu, pertuduhan dibacakan kepada tertuduh oleh pegawai penterjemah mahkamah di hadapan hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Syed Mohd Abdul Ghani didakwa melakukan kesalahan itu pada 8 Oktober 2013 dari jam 8 pagi hingga 11 pagi di pejabat JKM daerah Mersing Johor dengan niat memperdaya jabatannya.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.

Pendakwaan yang dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Norfazlin Hamdan mencadangkan tertuduhan dikenakan ikat jamin sebanyak RM15,000.

Bagaimanapun, peguam tertuduh, M. Vinodharan memohon supaya kadar jaminan dikuragkan kerana anak guamnya mempunyai lapan orang anak untuk ditanggung

Mohamad Haldar menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan tarikh 25 Februari depan, bagi sebutan semula kes.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top