Nuffnang

GAMBAR : MAZA DAH BERUBAH?


Siapa yang tak kenal MAZA? Apa pendekatan dia apabila melibatkan isu-isu membabitkan Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak pasti semua amat maklum. Namun hari ini, reaksi MAZA lain daripada biasa.

Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin hari ini memuji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) semalam. 

Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza berkata di laman Facebook beliau, amalan yang baik harus dipuji namun tidak kepada perkara yang bertentangan. 

"Apa pun masalah yang ada, menziarahi orang sakit dan berhubungan baik sesama Muslim dan insan adalah terpuji. "Kita memuji perkara yang baik dan kita menyatakan perbezaan kepada sebaliknya. Urusan yang lain itu terserah kepada Allah". 
"Dia lebih tahu hakikat hambaNya. Kita memohon hidayah untuk diri kita dan untuk semua," 

Beliau bagaimanapun, tidak menyebut sebarang nama pada posting tersebut, tetapi memuat naik gambar Najib yang mengunjungi presiden parti Islam itu di IJN. 

Posting itu menerima 1,000 'Likes' dalam masa sejam selepas dimuat naik pagi ini dan pelbagai reaksi di ruangan komen. Salah seorang komentar Khairulnizam Abd Wahab menulis:

Riswan Farid menulis: "Ayat yang begitu mendalam maksud dari Dr Maza." 

Manakala Riki Malek pula menulis: "Yang penting ikhlas kerana Allah. Alhamdulillah."
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top