Nuffnang

DEBAT : Jawapan Khairy Dinanti-Nanti AMK


Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa belum menerima sebarang respons daripada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berhubung cabaran debat yang dikemukakan parti itu pada bulan ini.

Setiausaha Pengelola AMK, Ahmad Syukri Che Ab Razab mendakwa, pihaknya telah mengutus surat berdebat dengan Ketua Pemuda AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Khairy Jamaluddin tetapi masih tiada jawapan daripada Ketua Pemuda UMNO.

“AMK telah menghantar surat jemputan rasmi kepada pejabat Khairy Jamaluddin pada 10 Disember 2015 berhubung program debat Ketua Pemuda UMNO vs Ketua AMK. Cadangan debat ini pada awalnya dilontarkan oleh AMK dan disambut oleh Khairy Jamaluddin seperti dilaporkan oleh Free Malaysia Today pada 4 Disember 2015.

“AMK telah menghantar jemputan rasmi bagi membawa idea perdebatan ini secara lebih serius. Setelah lebih sebulan jemputan rasmi dihantar, kami masih menanti respon balas daripada Khairy Jamaluddin,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Syukri berkata, AMK percaya masyarakat tidak sabar untuk melihat debat itu direalisasikan.

“AMK sendiri memiliki tanggungjawab untuk mencanai hujah bagi melawan `mitos’ yang sekian lama ditabur oleh kepimpinan UMNO iaitu hanya dengan UMNO nasib orang melayu akan terbela,” dakwanya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top