Sebuah syarikat kecantikan telah menarik balik iklan pil pemutih kulit selepas dikecam di media sosial kerana slogan kontroversi mereka iaitu ‘Putih menjadikan anda seorang pemenang.’
Iklan oleh syarikat Seoul Secret itu mempromosikan kapsul pemutih kulit terbarunya, Snowz dengan menampilkan selebriti, Cris Horwang sebagai jurucakapnya.
Model dan aktres berusia 35 tahun itu memberitahu, kejayaannya dalam bidang seni adalah disebabkan oleh kulitnya yang putih.
“Bukan senang untuk kekal pada tahap ini pada jangka masa yang lama.
“Sekiranya saya berhenti menjaga badan dan kulit saya yang putih, mungkin semua ini akan hilang,” katanya.
Cris kemudiannya dilihat mengenakan alat solek yang menghitamkan wajahnya dan berdiri di sebelah seorang wanita berkulit cerah.
“Pendatang baru akan menggantikan saya dan menjadikan saya bintang yang pudar,” tambahnya.
Krim dan pil pemutih sangat popular di Thailand kerana wanita berkulit cerah dianggap lebih cantik berbanding mereka yang berkulit gelap.
Bagaimanapun, iklan itu dikecam teruk di media sosial kerana dianggap berunsur perkauman.
“Mempunyai kulit gelap juga boleh menjadi cantik dan bukannya sesuatu yang memalukan,” kata seorang pengguna media sosial.
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....