Nuffnang

AMEKKAU : Kenyataan "Keras" Sultan Selangor Terhadap Muhd Taib!!!


“Terus terang, saya tidak hormat pada Muhammad Taib. Dia buat kekayaan ketika berada dalam Umno, kemudian masuk PAS". 

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengibaratkan penganugerahan darjah kebesaran yang dilaksanakan semasa Selangor ditadbir Menteri Besar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib hampir sama seperti hidangan ‘buffet’.

Sultan Sharafuddin berkata Muhammad Muhd Taib yang lebih dikenali dengan gelaran Mat Taib ketika itu telah menukar adat negeri apabila memberi darjah kebesaran dengan hanya memerlukan kelulusan exco tanpa perlu melalui Dewan Diraja.

“Sebab itu kadang-kadang istana kata darjah kebesaran semasa zaman Muhammad seperti buffet sahaja, letak atas meja terus ambil,” kata Baginda dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia Ahad lepas.

Baginda turut mengakui tidak begitu menghormati Mat Taib selaku Menteri Besar Selangor yang mentadbir negeri itu dari 1986 hingga 1997, yang didakwanya telah mengaut kekayaan ketika aktif berpolitik disamping sikapnya yang sering melompat parti.

“Kemudian apabila PAS kelam-kabut, dia keluar dan masuk PKR. Kalau dia masuk mana sekalipun, macam mana hendak hormat sebab dia banyak melompat,” kata baginda.

Mat Taib melompat menyertai PAS pada April 2013, dua hari sebelum Pilihanraya Umum Ke-13 berlangsung. Beliau kemudiannya menyertai PKR pada September 2015 selepas kumpulan Anwarinas yang disokongnya tewas dalam Muktamar PAS 2015. – SuaraTV
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top