Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Sidang Akhbar "Anti Najib" Panassss!!!


Kuala Lumpur – Sidang akhbar ketua-ketua cawangan Umno yang mahu mengulingkan Presiden parti malam tadi kecoh seketika apabila seorang pemuda ‘mengamuk’.

Insiden bermula apabila pemuda tersebut, Farouk Ramly mendakwa sidang akhbar yang diadakan itu terdiri daripada mereka-mereka yang kecewa.


Pergi, pergi yang kecewa semua pergi depan” jeritnya sejurus selepas sidang akhbar itu bermula.

Tidak berpuas hati dengan tindakan Farouk yang juga merupakan ahli jawatan kuasa (AJK) bahagian Umno Gombak, beberapa orang ahli yang hadir terpaksa memberhentikan seketika majlis sambil memujuk lelaki tersebut agar mengawal perasaan.

“Aku cakap pada kaukah? Kenapa nak suruh aku diam” jeritnya lagi.

“Tolonglah hormat sikit majlis orang, tak payah nak terpekik-pekik,” kata seorang daripada hadirin.

“Dah tak payah la bang, jangan nak provok aku” ujarnya sebelum diminta beredar.

Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) dalam sidang media itu berkata, tindakan mereka itu bukan bertujuan melawan parti tetapi kerana sayangkan Umno.

Jurucakap kumpulan tersebut Hamdan Abdul Rahman, yang merupakan ketua cawangan Umno Delima Lembah Keramat berkata tindakan terhadap pemimpin dan ahli Umno yang mengkritik parti perlu dihentikan.

Hamdan bersama 4 lagi ketua cawangan dan 10 ahli cawangan, bercakap kepada pemberita di Taman Melawati, Ulu Kelang.

Video Muhyiddin Akan Ganti Najib oleh Hamdan Abdul Hamid Ketua Cawangan UMNO Delima Lembah Keramat KLIK SINI
Share this article

4 Komen:

  1. Mereka ni dah jadi wakil Dap agaknya.....sibuk suruh Najib turun biar muhyiddin naik,....memang taklah...dah tempat sendiri pun kalah...lagi nak jadi hero....cerrmin dirilah,..,kawsan tu jaga dulu bagi menang dah tu baru boleh cakap macam2. ..,baru betul....ni muka wakil Umno yang dah lah tak buat kerja...lepas tu nak duit kononnya untuk Umno...rupanya untuk poket sendiri....dah cakap cari wakil yang boleh kerja macm Budiman bukan macm Noh,,,,,hidup UMNo

    BalasPadam
  2. WSJ ada 'fitnah' terbaru US$800 Juta songlap-ala-taichi...tak mahu desak kepala bugis saman ke? Jumlah nih diatas US$680 Juta aka 2.6 Billion RM yang masih 'HILANG'.

    Cerita dongeng DERMA nih kau buang ke lautan paling dalam pun akan timbul juga...bangang nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika kita mahu membuat tuduhan biarlah berikan bukti dan fakta yang jelas serta benar dan saksi yang boleh dipercayai bukan sekadar andaian yang bersifat fantasi.
      WSJ bukanlah media yang melaporkan berita yang sentiasa benar tapi banyak yang lebih kepada tuduhan untuk menjatuhkan individu yang menjadi sasarannya.

      Akhir kalam, setiap daripada kita akan diadili di hadapan Allah swt diatas setiap yang kita lakukan. Janganlah akhirnya kita menjadi hamba yang muflis di akhirat kelak kerana perbuatan kita yang menuduh sipolan-sipolan dengan tuduhan yang kita sendiri pun tak pasti betul salahnya.

      Sekadar mengingatkan sahaja.

      Padam
  3. awal2 lagi dah sebut fitnah mmg tak la nak percaya.. sepatutnya berat pembuktian pada org yg menuduh bukan pd org yg dituduh.. cuba kalau org tuduh kau main dgn mak kau ko rasa ok tak..

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top