Nuffnang

SOKONGAN MENURUN : Mahfuz Dah Mula Meracau....


Runsing dengan kemerosotan peratusan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu terhadap PAS pada masa ini berbanding keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, pemimpin senior PAS mengajak partinya supaya berani membuat keputusan dengan menyertai Pakatan Harapan. 

Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, PAS tidak harus bersendirian pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) serta menolak kewujudan dua kumpulan pembangkang pada pilihan raya yang bakal berlangsung dalam tempoh dua tahun akan datang. 

Menurutnya, pencapaian PAS pada PRU14 kelak bergantung kepada sejauhmana parti itu berjaya mendapatkan kembali sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu melalui penyertaan dalam Pakatan Harapan. Sebaliknya, ujar Mahfuz, situasi politik semasa menyaksikan orang Melayu sendiri menolak pendekatan politik bersendirian jika PAS memilih untuk bersikap sedemikian. 

Mempersoalkan kemungkinan PAS akan menyambut pelawaan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak untuk menjalinkan kerjasama politik dengan parti itu bagi menggembleng sokongan pengundi Melayu, beliau berharap tahun 2016 sebagai langkah kanan untuk perubahan. 

Terkejut sokongan kepada PAS merosot.

Mengulas laporan hasil soal selidik Merdeka Center berhubung sokongan terhadap parti-parti politik kerajaan dan pembangkang, beliau mengakui terkejut dengan pola kemerosotan peratusan sokongan pengundi Melayu dan bukan Melayu kepada PAS berbanding keputusan PRU13. 

Menurut kajian badan itu pada November lalu, tahap kepuasan hati pengundi Melayu terhadap PAS adalah 42 peratus berbanding sokongan Melayu kepada PAS pada PRU13 lalu sebanyak 45 peratus. 

“Jika peratusan tahap kepuasan hati kepada PAS itu dianggap sebagai tahap sokongan semasa Melayu kepada PAS, apakah ini bermakna peratusan ini menunjukkan kemerosotan sokongan Melayu kepada PAS berbanding tahap sokongan Melayu kepada PAS pada PRU13?" 

“Ia menunjukkan kemerosotan tiga peratus sedangkan tahap tidak puas hati dan marah orang Melayu kepada Umno pula ialah 54 peratus. Apakah ini menunjukkan berlaku kemerosotan sokongan Melayu kepada PAS dan orang Melayu yang tidak puas hati dan marah kepada Umno tidak pun beralih kepada PAS?” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurut bekas Ketua Penerangan PAS Pusat itu, hasil soal selidik itu meletakkan PAS dalam kedudukan di peta politik pilihan raya negara yang amat tidak selesa apa lagi ketika tahap ketidakpuasan hati dan marah orang Cina kepada PAS mencecah 66 peratus. 

“Berbanding sokongan pengundi Cina kepada PAS dalam PRU13 ialah 75 peratus. Apakah ini bermakna sokongan semasa pengundi Cina kepada PAS sekarang hanya tinggal sekitar 10 peratus sahaja kerana 66 daripada 75 peratus yang menyokong PAS pada PRU13 yang lalu kini begitu marah dan tidak puas hati dengan PAS?” soal Mahfuz lagi.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top