Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Pocong Gemparkan Penduduk Tawau


SEJAK beberapa hari lalu tersebar sebuah video yang memaparkan kelibat ‘pocong’ yang sedang melompat-lompat membuatkan ada penduduk sekitar Kg Jawa, Tawau Sabah mulai rasa takut dengan kehadiran makhluk berkenaan.

Video yang bermain di media sosial tersebut berdurasi 13 saat menjadi bualan ramai di mana memaparkan kelibat susuk manusia dibaluti kain kapan melompat-lompat di bawah pokok.

Kerana penyebaran video tersebut penduduk kampung mengambil keputusan menyiasat kejadian berkenaan di kawasan itu dan apa yang ditemui agak mengejutkan.

Rupa-rupanya kelibat ‘pocong’ tersebut memang ada tetapi cuma pocong palsu yang sengaja ‘dihidupkan’ oleh remaja-remaja nakal.

Mereka dikatakan membalut ranting kayu dengan kain putih kemudian menggantung ‘pocong’ berkenaan menggunakan tali tangsi yang ditarik untuk menjadikannya seolah-olah melompat.

Jadi semuanya sudah terjawab dan video yang diviralkan tersebut hanyalah ‘pocong’ yang dihidupkan oleh ‘rakan-rakanya’.




Videonya :
video

KLIK SINI sekiranya video di atas tidak dapat ditonton.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top