Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

AMARAN : Tiada Lagi Kompromi Buat Operator Dan Kontraktor Kantin IKBN / IKTBN


Kementerian Belia dan Sukan memberi amaran akan menamatkan kontraktor dan operator kantin asrama di 20 Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) sekiranya mereka gagal memenuhi piawaian tahap kebersihan ditetapkan.

Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Kemahiran Belianya, Zainuddin Yahaya, berkata langkah itu perlu bagi memastikan tiada lagi kes keracunan makanan berlaku di IKBN dan IKTBN di seluruh negara. Beliau berkata, tindakan tegas berkenaan diambil selepas kementerian menerima aduan mengenai kes keracunan makanan membabitkan enam penuntut IKTBN Bukit Mertajam, pada Sabtu dan Ahad lalu.

“Kementerian memandang serius terhadap setiap aduan yang diterima mengenai kebersihan dan keselamatan makanan yang dihidangkan kepada pelajar di IKBN/IKTBN di seluruh negara. “Oleh itu kementerian memberi amaran bahawa kita tidak teragak-agak untuk menamatkan kontrak kontraktor yang didapati tidak mengikuti piawaian dalam penyediaan makanan kepada penuntut di seluruh negara.

“Semua 20 IKBN/IKTBN juga perlu mengamalkan dasar pintu terbuka di mana pelatih digalakkan untuk membuat aduan kepada pengarah institusi atau pun terus kepada saya di zainuddin@kbs.gov.my,” katanya kepada BH di sini, pagi ini.

Zainuddin berkata demikian ketika mengulas dakwaan kononnya tahap kebersihan dan keselamatan makanan di IKBN dan IKTBN kini di tahap amat membimbangkan berikutan peningkatan kes keracunan makanan di pusat latihan kemahiran terbabit, sejak kebelakangan ini.

Dalam kejadian terbaru, enam penuntut IKTBN Bukit Mertajam dilaporkan mengalami gejala keracunan makanan apabila mengadu sakit perut, cirit birit dan muntah selepas menjamah hidangan disajikan. Keadaan itu menyebabkan keenam mereka terpaksa dibawa ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan awal dan kini beransur pulih.

Sementara itu, seorang pelajar yang enggan dikenali berkata perkara itu bukan pertama kali berlaku kerana pengusaha kantin berkenaan kurang memberi penekanan kepada aspek kebersihan. Beliau berkata, dia dan rakan lain terpaksa makan makanan dihidangkan walaupun mereka sudah banyak kali mengalami keracunan dan sakit perut kerana tiada pilihan lain.

“Kami memang sudah banyak kali mengadu kepada pihak pengurusan asrama dan IKTBN Bukit Mertajam mengenai masalah kualiti makanan di kantin namun sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap operator berkenaan. “Sehubungan itu kami berharap pihak berkenaan dapat melakukan sesuatu supaya masalah sama terus berulang,” katanya ketika dihubungi pagi ini.-BH.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top