Nuffnang

MANA NAK LETAK MUKA? Calon "MB Terengganu" Dimalukan Di TempatSendiri!!!


Mana nak letak muka woiii..... Di tempat sendiri pun sambutan hambar, macam manalah agaknya kalau ditempat orang? Nak jadi MB Terengganu? Jangan mimpilah!

Program ceramah di pasar malam bersama Pengerusi PAN Negeri Terengganu yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu yang menang pada PRU ke-13 lalu atas tiket PAS Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah sebelah pasaraya Giant Hiliran Kuala Terengganu berlangsung dalam keadaan hambar.


Nama yang dilambung oleh Pakatan Harapan tanpa PAS sebagai bakal MB Terengganu selepas PRU ke-14 nanti.

Adakah sambutan diberikan rakyat terhadap ceramah ini melayakkan dirinya diangkat sebagai MB Terengganu nanti .... adakah PAN mampu menang besar lagi bergaya di Terengganu pada PRU ke-14 nanti???

Hakikat dan jelasnya ialah PAN di Terengganu telah ditolak secara total dan mutlak oleh rakyat Terengganu ... itu mesej yang keras dan tegas yang ingin disampaikan oleh rakyat Terengganu kepada PAN jika diambil kira sambutan rakyat berikan kepada setiap ceramah yang melibatkan PAN terutamnya Pengerusi PAN Terengganu sendiri.

Seterusnya kemenangan YB Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah pada PRU ke-13 lalu di parlimen Kuala Terengganu bukan atas kekuatan dan pengaruh tubuh sendiri dan peribadi ... rakyat memberikan undi dan sokongan kepada parti diwakilinya iaitu PAS.

Dengan itu PAN mesti hentikan segera sembang kencang mendabik dada kononnya parti berkenaan mendapat sambutan hangat dan lebat dari rakyat sebab para pengunjung pasar malam di Hiliran Kuala Terengganu petang tadi langsung tidak mau ambil kisah dan peduli apa yang cuba diucapkan oleh Pengerusi PAN Terengganu.

Kejadian sebegini bukanlah kali pertama malahan sudah kerap berlaku malahan ianya serupa pada setiap ceramah secara gempur ambil kesempatan kehadiran orang ramai di setiap pasar malam yang sedang beroperasi di Kuala Terengganu.

Kalau rakyat bandar Kuala Terengganu sudah tolak PAN rakyat didesa dan luar bandar lebih lagi .. itu pasti.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top