Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

KISAH MENTERI : Khairy Bakal Dinobatkan Bintang Online Meletop?


Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar antara barisan selebriti yang turut tercalon di Anugerah MeleTOP ERA 2016.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ceria, Hadzelynda Khairuddin, pemilihan Khairy Jamaluddin atau lebih mesra dengan panggilan YB KJ menerusi kategori ‘Bintang Online MeleTOP’ kerana beliau memiliki ramai pengikut di laman media sosial.

“Walaupun YB KJ bukan seorang selebriti, tetapi dia memiliki pengikut yang ramai di media sosial seperti di Twitter, Instagram dan Facebook. Jadi jika diikut dari kombinasi jumlah pengikut, KJ layak untuk dicalonkan menerusi kategori ‘Artis Online Popular’,” jelas Hadzelynda sewaktu sidang media Anugerah MeleTOP Era 2016 di Live House, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Nabil kekal dipilih sebagai hos Anugerah MeleTOP ERA kerana pengalaman yang dimiliki selain merupakan peneraju utama program MeleTOP di saluran Astro Ria (104).

“Pertamanya kami mengumumkan Nabil sahaja sebagai hos utama AME 2016 berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa buah program berskala besar seperti Gegar Vaganza dan MeleTOP.

“Jadi dia adalah calon yang sangat sesuai untuk menjadi peneraju utama untuk AME kali ini. Tentang siapa gandingan Nabil, kita akan umumkan pada sidang media yang akan datang,” jawab Ketua Format Dan Realiti Astro, Namanzee Harris.

Anugerah MeleTOP ERA yang memasuk pengajuran kali ketiga bakal disiarkan secara langsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2016 secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebanyak 18 kategori dipertaruhkan iaitu Lagu MeleTOP ERA, Penyanyi MeleTOP, Grup/Duo MeleTOP, Penyampai Radio MeleTOP, Program Radio MeleTOP, Filem MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP, Drama MeleTOP, Program MeleTOP, Pelakon MeleTOP, Hos MeleTOP, Bintang Online MeleTOP, Artis Baharu MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Couple MeleTOP, Fesyen MeleTOP, Top Top MeleTOP (Lelaki) dan Top Top MeleTOP (Wanita).

Talian undian fasa pertama untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada 20 pencalonan awal yang telah disenarai kini dibuka kepada orang ramai bermula pada 17 Disember 2015, 6 petang hingga 15 Januari 2016, 12 tengah hari.

Bagi pusingan ini, orang ramai diberi pilihan untuk mengundi calon-calon kegemaran mereka untuk 16 buah kategori melalui dua cara iaitu menerusi khidmat undian secara online di dua buah laman web iaitu www.meletop.com.my dan www.era.fm ataupun menerusi aplikasi terbaru daripada Astro Radio iaitu Raku yang boleh dimuat naik secara percuma di App Store dan Google Play Store.-Awani.
Share this article

1 Komen:

  1. Khairy is doing a job integrating youth is all his programs! This brainy guy should be awarded in some ways. I am sure many among his peers are jealous of him! He is one of those few I respect and he certainly deserves his political position! Malaysia needs more of his type!!! Hats off to Khairy!

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top