Nuffnang

POTONGAN GAJI : Peringatan PTPTN Kepada Penjawat Awam


Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam satu kenyataan media menggesa peminjam dalam kalangan penjawat awam yang tidak pernah membuat bayaran balik agar segera tampil berunding untuk membuat penstrukturan semula hutang selewat-lewatnya pada 18 Januari 2016.


Sekiranya peminjam gagal berunding dalam tempoh ditetapkan, jumlah ansuran potongan gaji mandatori berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik yang sedang dilaksanakan akan diteruskan.

Selain itu, agensi itu juga akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam yang tidak membuat bayaran balik seperti notis-notis peringatan pertama, kedua dan ketiga, senarai hitam Jabatan Imigresen, saman dan lain-lain tindakan undang-undang.

“Sebelum ini, PTPTN telah mengeluarkan surat arahan potongan gaji mandatori bertarikh 4 Disember 2015 kepada majikan dan diberi salinan kepada 3,193 peminjam yang merupakan penjawat awam dan tidak pernah membuat bayaran balik dan gagal tampil berunding.

“Amaun potongan gaji yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik (bulan). PTPTN akan kembalikan semula amaun potongan setelah ditolak ansuran bulanan berdasarkan jadual bayaran balik semasa kepada 3,193 peminjam yang terlibat,” kata agensi itu.

Artikel Berkaitan : 


PTPTN ZALIM? Luahan Penjawat Awam Yang Gaji Berbaki RM19 Selepas Potongan!!

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top