Nuffnang

KESABARAN CHELSEA BERAKHIR : Mourinho Akhirnya Dipecat!!!


LONDON: Jose Mourinho akhirnya dipecat juga sebagai jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea, mengikut laporan media British sebentar tadi. Tindakan itu diambil oleh kelab berkenaan susulan persembahan buruk dipamerkan pasukan itu dalam saingan musim ini sehingga hanya mampu menduduki tangga ke-16 liga selepas 16 perlawanan. 

Kenyataan ringkas Chelsea memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat secara bersama selepas pertemuan diantara pengurus tersebut bersama lembaga Pengarah kelab. Ini adalah kali kedua, Mourinho, 52, dipecat oleh kelab berkenaan selepas pada tahun 2007. Berikut adalah latar belakang bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho: 

Nama penuh: Jose Mario dos Santos Mourinho Felix 
Umur: 52 
Tarikh Lahir: 26 Januari 1963 
Tempat: Setubal, Portugal 

Kerjaya sebagai pemain: 

Posisi: Perancang tengah 
Kelab: Rio Ave (POR/1980-1982), Belenenses (POR/1982-1983), Sesimbra (POR/1983-1985), Comerico e Industria (POR/1985-1987) 

Kerjaya pengurusan : 

Kelab: 
Benfica (POR/2000), Uniao de Leiria (POR/2001-2002), 
Porto (POR/2002-2004), 
Chelsea (ENG/2004-2007), 
Inter Milan (ITA/2008-2010), 
Real Madrid (ESP/2010-2013), 
Chelsea (ENG/2013-2015) 

Anugerah Pengurusan: 

KELAB PORTO: Primeira Liga (2): 2002-03, 2003-04 Taca de Portugal (1): 2002-03 Supertaca Candido de Oliveira (1): 2003 Liga Juara-Juara UEFA (1): 2003-04 Piala UEFA (1): 2002-03 

Kelab CHELSEA: Liga Perdana Inggeris (3): 2004-05, 2005-06, 2014-15 Piala FA (1): 2006-07 Piala Liga (3): 2004-05, 2006-07, 2014-15 Perisai Komuniti (1): 2005 

KELAB INTER MILAN: Serie A (2): 2008-09, 2009-10 Coppa Italia (1): 2009-10 Supercoppa Italiana (1): 2008 Liga Juara-Juara UEFA (1): 2009-10 

KELAB REAL MADRID: La Liga (1): 2011-12 Copa del Rey (1): 2010-11 Supercopa de Espana (1): 2012 

ANUGERAH INDIVIDU: 

Jurulatih Terbaik FIFA : 2010 
Pengurus Terbaik La Liga: 2002-03, 2003-04 
Pengurus Terbaik EPL: 2004-05, 2005-06, 2014-15 
Pengurus Terbaik Serie A: 2008-09, 2009-10 
Pengurus Terbaik UEFA: 2002-03, 2003-04 
Anugerah Personaliti Sukan BBC: 2005 
LAIN-LAIN: Officer of the Order of Infante Dom Henrique: 2006 - AFP
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top