
SPRM : 6 Anggota PDRM Dihadapkan Ke Mahkamah!!!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengheret enam anggota polis yang bertugas di Rompin, Pahang ke mahkamah atas tuduhan menerima dan tidak melaporkan kesalahan rasuah bernilai RM8,000 tahun lalu.
Tertuduh-tertuduh yang berpangkat Konstabel, Lans Koperal dan Koperal serta berumur antara 20-an hingga 50-an didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan, hari ini.
Kesemua tertuduh tidak mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof dan minta dibicarakan.
Kesemua tertuduh didakwa mengambil suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap sebuah lori, yang tidak mempunyai permit dan lesen membawa kayu getah.
Jika disabitkan kesalahan masing-masing boleh didenda tidak kurang RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, mana-mana yang lebih tinggi dan dipenjara sehingga 20 tahun.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syafinas Shabudin mewakili SPRM, menurut kenyataan suruhanjaya itu.
Hakim membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin. Kes ini akan disebut semula pada 3 September 2015.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nuffnang 3
MENARIK



customer centric business strategies

mozek yunani purba ditemui di zeugma turki mempame...

insentif rebat rahmah 2025 internet percuma hari r...

panduan ringkas tips tuntut pampasan pemberhentian...

kerja kosong unisza 2025 32 jawatan pelbagai gred ...

Resepi Telur Bungkus Paling Menepati Selera Puas Hati Bila Isinya Lebih
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....