Nuffnang

MASALAH ONLINE : Air Asia Dikritik - Kerugian Kepada Pengguna!!

MENERUSI maklumat yang dikongsikan seorang pemilik akaun Facebook bernama Zully Azizan, beliau meluahkan rasa teraniaya sebagai pelanggan kepada syarikat penerbangan AirAsia akibat terdapat kecelaruan yang berlaku terhadap sistem pembelian tiket syarikat berkenaan.

Ia dipersoalkan dan dikritik kerana tidak berfungsi dengan baik sekaligus mengundang kerugian kepada orang awam yang hendak menaiki pesawat mereka.

Pada mulanya, beliau telah membeli tiket penerbangan secara online untuk adik iparnya dan mempunyai resit transaksi untuk ditunjukkan sebagai bukti, namun setibanya di lapangan terbang, staf syarikat penerbangan tersebut tidak membenarkan adik iparnya berlepas kerana nomborbooking tiket yang diterima adalah berlainan.

Ketidapuasan hati mangsa terus bertambah apabila disarankan membeli semula tiket di kauter kerana tiket yang sebelum ini dibeli menggunakan perkhidmatan dalam talian FPX debit telah dibatalkan tanpa pemulangan wang.


Persoalan yang timbul adalah pembayaran secara dalam talian telah berjaya tetapi mangsa terpaksa membayar wang sekali lagi dengan alasan tiket telah dibatalkan, sedangkan pembayaran telah dikreditkan sebagai ‘berjaya’.


Sebagai kesimpulan, apa yang berlaku pada sistem dalam talian AirAsia tersebut dalam istilah IT-nya dipanggil data redundancy.

Proses query ini sepatutnya disemak dengan teliti supaya maklumat input di dalam sistem database adalah sama seperti data yang dikeluarkan.

Kepada pihak AirAsia, pihak anda seharusnya memperbaiki masalah ini agar pengguna-pengguna lain tidak tertindas dan teraniaya kelak. 

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top