Nuffnang

SOKONG SPRM : Pembangkang Berniat Politik - KJ


"SPRM ada integriti sendiri dan tidak ada pihak yang boleh menyekatnya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Barisan Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra semalam.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan tindakan pembangkang yang menyokong Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara tiba-tiba hanyalah demi kepentingan politik mereka sahaja.

"Hari ini (semalam) saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang menyatakan sokongan kepada SPRM. Mungkin itu permainan politik mereka.

Pagi semalam kira-kira 10 orang wakil rakyat pembangkang mengadakan lawatan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi menyatakan sokongan terhadap agensi anti rasuah itu.

Antaranya ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR), Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (PAS), Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Ramli (PAS) dan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli (PKR).

Turut hadir Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang (Ahli Parlimen Gelang Patah), Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP), pengerusi Gerakan Harapan Baru Mohamad Sabu dan bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim.

Mereka mengadakan pertemuan dengan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dan dalam sidang media selepas itu berkata, seluruh rakyat harus memberi sokongan kepada SPRM.

Mohamad berkata, kejadian terbaru yang dianggap "serangan" polis terhadap anggota SPRM menunjukkan SPRM tidak berkuasa.

"Kami hendak menyatakan sokongan kepada SPRM supaya ia boleh menjadi sebuah badan yang berwibawa terutamanya dalam menyiasat mereka dalam kedudukan yang tinggi di Malaysia," katanya.

Kelmarin dalam satu forum, presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, penjawat awam yang jujur dalam agensi anti rasuah, bank pusat dan Jabatan Peguam Negara sedang diserang dalam melakukan kerja mereka.

Ini susulan ramai di antara penyiasat yang terlibat dalam meneliti kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan syarikat yang berkaitannya ditahan polis kerana didakwa terlibat membocorkan maklumat rasmi mengenai firma sarat hutang itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top