Nuffnang

APA DAH JADI TUN? Sindiran Makan Diri?


Ramai yang mendabik dada bila menegur kerana tidak pandai memamahi kata-kata sindiran Mahathir. Di antaranya;

"Saya harap beliau bersara dengan aman dan menikmati persaraannya," kata Dr Mahathir kepada pemberita apabila ditanya mengenai ucapan ulang tahun kepada Najib di Hotel Berjaya malam tadi. - MalaysiaInsider

Apa yang tersirat dengan sindiran Mahathir kini telah memakan dirinya sendiri apabila beliau yakin Perdana Menteri Najib Razak akan diundurkan dari jawatannya dalam masa terdekat.

Sekilas membacanya, seperti Mahathir yakin perancangan mensabitkan PM dengan kemelut ciptaan sekutunya iaitu isu 1MDB, maka sindiran beliau akan menjadi kenyataan.

Malangnya, selepas menikmati majlis gilang gemilang yang ditaja Berjaya, impian Mahathir telah dibenamkan Najib Razak apabila rombakan kabinet dilakukan dengan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya membuat perubahan ketara di dalam kabinet baru.

Lebih tidak dijangka apabila SPRM mengumumkan duit yang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi PM, bukanlah dari sumber 1MDB tetapi dari penderma.

Dalam masa yang sama, satu gerakan telah disusun oleh Ahli-Ahli Parlimen Pembangkang untuk membuat usul undi tidak percaya di persidangan Parlimen akan datang.

Segala berkaitan dengan sindiran Mahathir didalam ucapan harijadi Perdana Menteri hanyalah ingin mengaitkan Najib Razak dengan salah guna kuasa dan rasuah telah hancur.

Demonstrasi 'tangkap najib' yang cuba diadakan juga telah gagal dan bukanlah kerana penahanan 30 yang dibuat tetapi kehadiran yang terlalu kecil dari berpuluh ribu yang pernah hadir di perarakan lalu adalah satu tamparan.

Nampaknya ucapan harijadi untuk Najib Razak bukan sekadar sindiran tetapi ia adalah harapan dan impian Mahathir yang kini bukan sahaja memakan dirinya sendiri malahan telah menemui jalan GAGAL!

Maka, apakah 'grand design' yang bertujuan untuk merampas kuasa dan menjatuhkan pemerintahan hari ini tidak wujud?

SUMBER

*** Adakah Tun benar-benar risaukan mengenai negara atau ada perkara lain yang menjadi keutamaan beliau dalam siri "serangan" terhadap Perdana Menteri?
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top