Nuffnang

"NATURALISASI - TIADA MARUAH - Khairy Jamaluddin


“Tiada maruah”. Itu reaksi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekiranya pendekatan mengambil pemain naturalisasi dilaksanakan dalam sukan bola sepak.

Beliau sebaliknya lebih berminat sekiranya usaha ditumpukan untuk mencari pemain yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Malaysia selain memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan akar umbi.

“Jika pemain berkenaan mempunyai kaitan dengan Malaysia (ibu, bapa atau mempunyai hubungan kekeluargaan Malaysia), maka ia dibolehkan.

“Walaupun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) membenarkan individu yang menetap selama lima tahun di sesebuah negara (mewakili negara berkenaan), saya tidak berapa setuju.

“Sekiranya kita melaksanakan (langkah itu), ia ibarat kita tiada maruah. Kalau Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu lakukannya, mereka perlu cadangkan namun lebih baik memberi tumpuan kepada pembangunan atau cari pemain di luar negara yang mempunyai darah daging Malaysia,” katanya.

Isu mengenai pemain naturalisasi kembali dibangkitkan apabila jurulatih negara Dollah Salleh berpandangan ia perlu dilakukan susulan persembahan Pilihan Malaysia ketika menentang Tottenham Hotspur (tewas 1-2) dan Liverpool (1-1) dengan lima pemain import diserapkan dalam perlawanan itu.

Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah baru-baru ini turut menjelaskan kajian teliti perlu dilakukan kerana ia mampu memberi kesan yang signifikan kepada kualiti bola sepak negara.

Skuad negara bagaimanapun sudah mempunyai beberapa pemain asing yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Malaysia seperti Junior Eldstal dan Brendan Gan.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top