Nuffnang

KELUAR PAS!!! Kejutan Atau Telah Diduga?


“Ideologi parti politik di Malaysia, terutama PAS, sudah hilang arah. Ketika Umno dan parti-parti politik lain tidak melakukan dengan baik, PAS gagal untuk mengambil kesempatan terhadap keadaan itu".

Tengku Ibrahim Ismail yang menyertai PAS pada 2012 bertindak keluar dari parti itu dengan menyifatkan parti Islam tersebut “telah hilang arah”.

Tengku Ibrahim yang merupakan ahli biasa PAS dan bapa saudara kepada Sultan Terengganu berkata, keputusannya untuk keluar dari parti berkenaan berikutan perbalahan dalaman parti dan konflik dengan sekutunya, PKR dan DAP.

          

“Malah, ia terperangkap dalam konflik dan perbalagan dalaman antara sekutunya sendiri. Ia gagal untuk merampas peluang bagi memperkukuhkan parti,” katanya kepada pemberita di kediamannya di Batu Buruk.

Tengku Ibrahim berkata, PAS menunjukkan sikap tidak matangnya apabila ia mengatakan bahawa akan berdiri sendiri tanpa sokongan parti sekutunya,

“Saya percaya kepimpinan tertinggi dalam PAS telah hilang arah dan keazamannya untuk memperkukuhkan parti menerusi ketegangan antara pihak ulama dan golongan profesional,” katanya.

Menurut Tengku Ibrahim, beliau akan menunggu keadaan iklim politik sebelum memutuskan langkah seterusnya yang perlu diambil.

Selain itu, Tengku Ibrahim turut menolak andaian bahawa keputusan tersebut diambil setelah PAS kawasan Kuala Terengganu bertindak memutuskan hubungan dengan anak saudaranya yang juga Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Datuk Raja Bahrin.

Sebelum itu, PAS Kuala Terengganu mengarahkan ahlinya agar tidak menjalinkan apa jua bentuk kerjasama dengan Ahli Parlimen kawasan berkenaan, Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah, susulan penglibatan pemimpin berkenaan dalam Gerakan Harapan Baru (GHB), iaitu sebuah parti serpihan PAS.

Setiausaha PAS Kuala Terengganu, Mohd Soud @ Said @ Mat Ali berkata, arahan berkenaan selari dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29 Julai lalu.

"Sebagaimana yang dimaklumi bahawa YBM Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah (Ahli Parlimen Kuala Terengganu) telah diisytiharkan secara rasmi sebagai Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) negeri Terengganu sepertimana yang telah diumumkan dalam himpunan GHB pada 31 Julai di Jerteh, Besut dan beliau telah memperakui menerimanya.

"Sehubungan dengan itu PAS Kawasan Kuala Terengganu yang bermesyuarat pada 1.8.2015 berpegang kepada perkeliling isu GHB yang dikeluarkan oleh PAS Pusat bertarikh 29.7.2015 antaranya tidak lagi mengabungkan diri, bekerjasama, memberi apa-apa jua bantuan atau kemudahan kepada YBM Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

"Kerjasama dan perhatian dalam mematuhi arahan ini amatlah diharapkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GHB ditubuhkan oleh kumpulan progresif parti Islam itu yang kalah dalam pemilihan pada Jun lalu.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, mempengerusikan parti itu manakala anggota jawatankuasa interimnya terdiri daripada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib; bekas Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar; bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta bekas pemimpin kanan parti seperti Dr Mohd Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid.

Ia bakal ditubuhkan secara pada 14 September depan.

PAS sehingga kini mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' sebelum mengambil apa-apa tindakan terhadap ahli dan pemimpinnya yang terlibat dengan GHB, sehinggalah ia ditubuhkan secara rasmi kelak.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top