Nuffnang

ALLAHU AKHBAR!!! Hanya Al-Qur'an Yang Terselamat!!!


Kuala Lumpur: “Hanya senaskhah al-Quran yang terselamat manakala barang lain termasuk mini studio, sebuah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah Proton Iswara habis dijilat api,” kata penyewa sebuah rumah yang rentung dalam kebakaran di Jalan Keramat Dalam, di sini, semalam.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Khai, 30-an berkata, dia bekerja ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 1.30 petang.

“Saya bergegas pulang namun tiada apa berjaya diselamatkan kerana api marak dengan cepat berikutan angin kuat.

“Rumah itu disewa saya dan tiga rakan. Ketika kejadian, dua lagi rakan tidur kerana mereka bekerja malam, ” katanya.

Menurutnya, rakannya terjaga selepas berasa bahang api yang dipercayai berpunca daripada litar pintas di bahagian bumbung di sebuah bilik terbabit.

“Mereka cuba menyiram air, namun gagal kerana api marak dengan pantas,” katanya.

Dia berkata, selepas api berjaya dipadamkan, dia dan rakannya mendapati semua barangan hangus terbakar termasuk peralatan mini studio bernilai RM20,000.

“Setakat ini, selain barangan dan kenderaan, wang tunai dianggarkan berjumlah RM6,000 yang disimpan di dalam rumah milik penghuni turut hangus,” katanya.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top