Nuffnang

DITANGKAP? Zahid Hubungi Muhyiddin Jam 2 Pagi!!


"Saya cuba tanya Zahid, timbalan perdana menteri yang baru dipilih. Saya tanya Zahid, benarkah saya ni nak ditangkap, nak hukum saya. Saya tidak percaya, tapi isteri saya (yang percaya). 

Susulan kebimbangan disuarakan keluarga terhadap keselamatan dirinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau terpaksa menghubungi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengesahkan sama ada benar dirinya akan ditangkap.

Timbalan presiden Umno itu berkata, tiada sebarang kesalahan dilakukan sehingga boleh mengakibatkan dirinya dikenakan tindakan undang-undang, lebih-lebih lagi selepas dirinya digugurkan sebagai timbalan perdana menteri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Takkanlah lepas awak jadi timbalan perdana menteri, nak tangkap bekas timbalan perdana menteri," katanya di hadapan perwakilan Umno Bahagian Kluang ketika merasmikan mesyuarat bahagian itu hari ini.

Selepas menjalankan semakan, Muhyiddin berkata Zahid memaklumkan kepadanya, ia hanya khabar angin.

"Dia kata, tidak Tan Sri. Beliau buat pengesahan. 15 minit, 20 minit kemudian, beliau hubungi saya semula. Beliau kata saya dan isteri boleh tidur nyenyak," katanya.

"Tapi, malam itu tak boleh tidur juga," katanya.

Muhyiddin berkata, perkara berhubung penangkapan itu dimaklumkan anaknya, yang melarang beliau pulang ke rumah ekoran terdapat sekumpulan wartawan di kediamannya.

"Anak saya hubungi saya, dia kata ayah jangan balik rumah dulu, pemberita ramai berkumpul di luar rumah," katanya.

Khabar angin timbul selepas satu rakaman video bocor di Internet, menunjukkan Muhyiddin memberitahu tetamu di rumahnya yang Najib mengaku menerima RM2.6 bilion yang dipindahkan ke akaun peribadi beliau pada 2013.

Zahid juga menyentuh mengenai perkara itu dalam laporan di The Star. 

Beliau memberitahu akhbar itu, beliau tidak tahu mengapa tuduhan itu tersebar memandangkan tidak ada sebab untuk menangkap pendahulunya itu.

"Saya terima banyak panggilan telefon daripada mereka yang bimbang, bertanya sama ada benar bekas timbalan perdana menteri akan ditangkap. Saya pastikan kepada mereka, beliau tidak akan ditangkap.

"Khabar angin ini mengarut sama sekali. Saya hubungi peguam negara dan ketua polis negara untuk sahkan tuduhan itu, dan mereka juga kata tidak.

"Saya sendiri kemudiannya menghubungi Muhyiddin pukul 2 pagi (semalam) bagi memastikan kepada beliau dan isterinya, yang polis tidak akan menangkapnya," kata Zahid kepada The Star. – 2 Ogos, 2015.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top