Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Wan Azizah : Lawak Apakah Yang Cuba Dilakon Ini?



PARTI PKR sebelum ini secara terang jelas menolak pelaksanaan undang-undang Hudud yang ingin dilaksanakan PAS di Kelantan dengan mengatakan ia tidak sesuai dengan hasrat bersama Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun, dalam soal melibatkan diri dan keluarga sendiri, ada peruntukan dalam undang-undang itu pula yang diguanakn oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail iaitu Qazaf.

Beliau mahu tuduhan qazaf dikenakan ke atas Peguam Tan Sri Shafee Abdullah kerana menuduh bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana meliwat.

Bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dan juga pernah menjadi Peguam Anwar, Zulkifli Noordin berkata langkah Dr Wan Azizah itu jelas menunjukkan betapa hipokritnya parti PKR dengan tidak malu mempermainkan Hudud hanya untuk kepentingan parti dan peribadi mereka.

Isteri Anwar itu, membuat laporan mengikut Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syariah Selangor berkaitan kesalahan Hudud Qazaf terhadap ‘orang yang menuduh orang lain melakukan zina’.

Shafee didakwa menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan sedangkan Enakmen Jenayah Syariah secara jelas menyatakan bahawa ‘zina’ tidak termasuk perbuatan liwat.

Sehubungan itu, Zulkifli menggesa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya menolak laporan hudud qazaf terhadap Shafee.

Beliau turut juga menggesa seluruh rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS supaya dapat melihat dan menolak sandiwara politik batil PKR.

PAS juga tegasnya, wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dengan PKR sebagaimana yang parti itu lakukan terhadap DAP demi mempertahankan maruah agama Islam.

Penulis sertakan sekali kenyataan media oleh Zulkifli.



KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada kenyataan media oleh DS Wan Azizah Wan Ismail hari ini berkaitan lapuran hudud qazaf terhadap Tan Sri Shafee Abdullah konon menuduh Anwar Ibrahim berliwat.

Lapuran dibuat dibawah Seksyen 36 Enakmen Jenayah Syarie Selangor berkaitan kesalahan hudud qazaf.

1. Seksyen 36 hanya berkaitan hukuman hudud qazaf terhadap ‘orang yg menuduh orang lain melakukan zina’.

2. Sedangkan dakwaan terhadap TS Shafee adalah berkaitan menuduh Anwar melakukan liwat sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah, ‘zina’ tidak termasuk liwat!

3. Atas alasan inj sahaja saya mendesak JAIS supaya menolak lapuran hudud qazaf terhadap TS Shafee.

4. DS Wan Azizah pernah menegaskan termasuk semasa kempen PRK Permatang Pauh bahawa PKR menolak cadangan PAS untuk mengemukakan RUU berkaitan hudud, dan jika dibawa ke Parlimen beliau tidak akan menyokongnya.

5. Jelas ini adalah amalan politik dualam & cakap tak serupa bikin. Dalam menolak RUU Hudud PAS, mereka mahu hukuman hudud qazaf dikenakan terhadap TS Shafee.

6. Ini adalah satu sikap hipokrit politik yang membuktikan PKR bersedia mempermainkan hukum hudud hanya untuk kepentingan peribadi dan politik mereka!

7. Saya berharap rakyat termasuk umat Melayu-Islam khususnya ahli PAS dapat melihat sandiwara ini dan menolak politik batil yang dibawa oleh PKR.

8. Malah PAS wajib memutuskan segala bentuk kerjasama politik dgn PKR sebagaimana mereka lakukan terhadap DAP demi untuk mempertahankan maruah Islam!

Sekian terima kasih.

Yang benar

Zulkifli Noordin

Jumaat

09 Ramadhan

- PRU 14 TV
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top