Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

BERBALAS TEMBAKAN : ESSCOM Sahkan Kejadian Di Pulau Pom Pom!!!



Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan berlaku kes berbalas tembak antara anggota keselamatan dengan suspek penjenayah rentas sempadan di kawasan perairan Pulau Pom Pom, Semporna semalam.

Bagaimanapun katanya dalam kejadian jam 3 pagi itu, tiada anggota pasukan gerakan am (PGA) yang tercedera.


"Kira-kira jam 3 pagi, anggota satu daripada pos kawalan mendengar bunyi enjin bot menghampiri pulau. Apabila anggota PGA menyuluh ke arah bot berkenaan, pihak PGA mendengar dua das tembakan dilepaskan.

"Dalam keadaan itu, anggota PGA membalas semula tembakan, yang memaksa suspek melarikan diri dalam gelap," katanya

Menurut Abdul Rashid ketika kejadian jarak antara bot suspek dengan pos kawalan PGA ialah antara 200 hingga 300 meter.

Abdul Rashid berkata dalam keadaan gelap itu jelas kelihatan percikan daripada bot berkenaan ketika tembakan dilepaskan namun tidak mengenai apa-apa.

"Kejadian berlaku di dalam kawasan perintah berkurung. Kami tidak pasti berapa ramai suspek di dalam bot itu dan apa niat mereka," katanya.

Abdul Rashid berkata pemeriksaan anggota keselamatan di lokasi pada keesokan paginya tidak menemui apa-apa tanda bot itu terkena tembakan anggota PGA.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan anggota keselamatan sentiasa dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman daripada penjenayah rentas sempadan. – Bernama, 1 Julai, 2015.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top