Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

VIDEO : Petugas Kesihatan Diacu Parang Gara-Gara "Fogging"


Tersebar dilaman sosial hari ini sebuah video yang menunjukkan satu kejadian di mana anggota dari Kementerian Kesihatan telah diugut dengan diacukan parang ke arah mereka.

Berdasarkan keterangan yang disertakan dengan video berkenaan, kejadian dikatakan berlaku di Desa Baiduri Farlim, Paya Terubong,Ayer Itam, Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku semalam (1 Julai 2015) berpunca apabila lelaki berkenaan berang selepas pihak Kementerian Kesihatan didakwanya tidak memberikan sebarang notis awal untuk melakukan semburan asap basmi denggi (fogging).

Menurut keterangan, lelaki itu naik berang kerana semasa kejadian "fogging' berkenaan terdapat keluarganya masih berada di dalam rumah.

"Kalau terjadi apa-apa kepada anak saya kamu semua mahu tanggungjawab ka? bagitau la, mau tanggungjawab ka?" katanya sambil mengacu parang.

Berdasarkan keterangan juga, pihak Kementerian Kesihatan juga telah memberi notis kepada penduduk di apartment berkenaan pada pagi hari kejadian.


Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top