Nuffnang

KERAJAAN RAKYAT? Azmin Kena Sound Kaw-Kaw Kali Ini!!!


“Orang Rohingya, Bangladesh dan warga asing boleh dapat tempat di negara ini, jadi mengapa rakyat Malaysia tidak boleh dapat tempat?

“Kalau Menteri Besar Selangor boleh tawarkan rumah di Kelantan, di Selangor juga mesti diperkasakan,” katanya kepada pemberita di lobi SUK di sini.

Sekitar 20 orang mangsa kebakaran rumah di Bukit Puchong baru-baru ini hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor bagi menyerahkan memorandum memohon penangguhan notis keluar daripada Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Bukit Puchong.

Pengerusi Pertubuhan Aduan Rakyat, Datuk M. Chandrakumanan yang mengetuai penyerahan memorandum itu berkata mangsa kebakaran telah diberi notis sehingga jam 2 petang ini untuk keluar daripada dewan tersebut.

“Kalau tidak ada penangguhan hari ini, mangsa kebakaran akan berpindah ke tapak rumah mereka yang terbakar itu dan berkhemah di sana.


Memorandum tersebut telah diserahkan dan diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamad Yasid Bidin.

Dalam kejadian Jumaat lalu, MPSJ telah bertindak mengeluarkan barang mangsa kebakaran daripada dewan tersebut dengan alasan hendak digunakan untuk menjalan aktiviti kemasyarakatan.

“Pada Jumaat lepas, lepas dua jam kita berunding dengan MPSJ, jam 5 petang mereka masuk, mereka keluarkan semua barang, potong elektrik, air mereka tidak kisah. Cuma mereka tidak tarik mangsa keluarga sahaja

“Mana mereka hendak buka puasa? Kasihanlah, dewan itu dewan masyarakat. Takkan main badminton, bola lebih penting daripada beri tempat berteduh kepada mangsa kebakaran?,” katanya.

Dalam kejadian awal bulan lalu, sebanyak 10 keluarga hilang kediaman apabila rumah yang mereka duduki selama empat generasi hangus dalam satu kejadian kebakaran.

Tujuh keluarga yang terdiri daripada lima keluarga Islam dan dua India telah diletakkan di dewan sementara manakala tiga lagi keluarga Cina berteduh dirumah saudara mereka.

Selain itu, memorandum itu meminta kerajaan negeri menyelesaikan isu penempatan penduduk di situ seperti mana yang dijanjikan oleh MPSJ dan ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh sejak 2008.

“Penduduk merayu kepada Menteri Besar seperti mana yang dijanjikan oleh MPSJ dan Gobind Singh, rumah mereka ditawarkan sekitar penempatan mereka ketika ini. Apa yang ditawarkan rumah dua tingkat rumah teres seluas 16×65.

“Kita berharap kerajaan negeri Selangor akan menunaikan janji ini memandangkan mereka dalam keadaan terdesak sekarang selepas rumah yang mereka diami selama empat generasi, terbakar baru-baru ini,” ujarnya.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top