Nuffnang

KURANG AJAR!!! ADUN DAP Ni Sengaja Cari Nahas!!!


“Anda dialu-alukan berskirt mini atau berseluar, baju tiada lengan dan apa saja yang anda selesa, selagi tidak berbogel".

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kinrara Ng Sze Han mungkin mahu menempa kontroversi baru dengan memperolok-olokkan kod etika pakaian di pejabat kerajaan.


Beliau memuat naik gambar di Facebook memaparkan notis cara berpakaian untuk berurusan di pejabatnya yang membenarkan sebarang bentuk pemakaian “selagi tidak berbogel”.

“Anda tidak akan diberikan kain sarung atau tuala. Kami hormat kebebasan anda dan kebebasan cara berpakaian,” menurut gambar notis yang dimuat naik semalam.

Beliau juga memuat naik tujuh cara berpakaian yang dibenarkan sebagai panduan untuk pengguna.

Ia termasuk gaya kasual (gambar berseluar pendek), profesional (berdasi dan tali leher), tradisional (pakaian Melayu), pakaian ketat, anggun (berkain belah ke paha) dan pakaian sukan (ala ahli gimnastik).



Bergambar dengan tuala, sarung

Malah, dimuat naik juga gambar beliau dan beberapa orang bergambar dengan notis itu, kain sarung dan tuala sambil tersenyum.

Sebelum ini, tindakan seorang wanita diminta memakai kain sarung ketika berurusan di pejabat kerajaan mencetuskan kontroversi di alam maya.

Begitu juga dengan gambar wanita yang lain bertuala yang disebarkan meluas serta insiden hampir sama melibatkan wartawan di bangunan kerajaan negeri Selangor.

Tidak cukup dengan itu, pemakaian ahli gimnastik negara Farah Ann Abdul Hadi juga dikritik baru- baru ini.

Cina ni saja cari pasal dengan mencipta kontroversi murahan. Jom semua pergi lepak pakai baju kebun, baju renang dan macam-macam lagi kat pejabat beliau.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top