Nuffnang

FITCH : Bukti Usaha Tun M Serang Najib Isu 1MDB Gagal!!


Tak sabar menunggu respon daripada Tun M terhadap perkembangan terbaru ini. Ternyata usahanya sebelum ini melalui serangan ke atas 1MDB gagal mempengaruhi penarafan antarabangsa ke atas Malaysia.

Mengambil kira ketidaktentuan dalam sektor luaran, penarafan terbaharu daripada Fitch itu sesungguhnya menggambarkan dasar ekonomi dan pengurusan kewangan kerajaan yang berhemat.

Fitch mengekalkan penarafan mata wang asing jangka panjang negara pada A- serta menyemak naik prospek Malaysia kepada stabil daripada negatif.

Fitch Ratings juga mengesahkan Penarafan Kemungkiran Penerbit (IDR) mata wang tempatan Malaysia pada 'A', bon mata wang tempatan tanpa cagaran senior pada 'A', siling negara pada 'A' dan IDR Mata wang Asing Jangka Pendek pada 'F2'.

Berita positif daripada Fitch itu menunjukkan pengurusan fiskal berhemat dan dasar ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi yang kukuh pada 5.6 peratus pada suku pertama 2015, meskipun terdapat kebimbangan terhadap ketidaktentuan dalam harga minyak dan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Inflasi, sebagaimana yang diukur oleh perubahan tahunan dalam indeks harga pengguna (IHP), berpurata agak rendah pada 0.7 peratus pada suku pertama.

Lebihan dagangan negara berjumlah RM21.3 bilion pada suku berkenaan manakala rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM389.7 bilion sehingga 31 Mac, 2015.

Fitch, dalam analisis penarafan Malaysia, berkata kewangan fiskal negara bertambah baik sejak tahun lepas dengan defisit kerajaan berkurangan daripada 4.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.8 peratus pada tahun lalu.

Sementara itu hutang kerajaan susut berbanding KDNK, turun daripada 54.7 peratus pada akhir 2013 kepada 53.9 peratus pada akhir 2014.

Fitch berkata ia melihat perkembangan dalam GST dan pembaharuan subsidi bahan api sebagai menyokong kewangan fiskal.

Pengurangan defisit selanjutnya diunjurkan tahun ini meskipun harga minyak yang lebih rendah.

Ia berkata kedudukan pasaran modal tempatan Malaysia menyokong keperluan kewangan domestik negara.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top