Nuffnang

PR BERGOLAK KEMBALI!!! PKR Kecam DAP Dan Tony Phua!!


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor mengecam DAP khususnya Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua, kerana memberi kata dua kepada Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Ahli PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan kelantangan Tony Pua memberikan kata dua kepada Azmin sama ada memilih DAP atau Pas bagi meneruskan pentadbiran negeri Selangor.

Adalah difahamkan kecaman ahli PKR terhadap Tony Pua dibuat dalam Mesyuarat Pimpinan PKR Selangor di kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor pada Sabtu lalu.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Azmin selaku Timbalan Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Negeri Selangor.

Kata dua oleh Tony Pua itu merupakan antara pilihan yang dicadangkan oleh DAP bagi menyelesaikan kemelut yang melanda tiga parti yang menjejaskan pentadbiran Negeri Selangor.

Kata dua itu adalah pilihan terakhir DAP jika cadangan supaya Selangor ditadbir secara ‘kerajaan negeri gabungan’ tidak diterima.

Sementara itu akhbar rasmi Kerajaan Selangor, Selangor Kini melaporkan Azmin berkata, Mesyuarat PKR Selangor pada Sabtu lalu itu tidak membincangkan penubuhan gabungan baru bagi menggantikan Pakatan Rakyat iaitu Pakatan 2.0.

Azmin dipetik berkata, PKR kekal dengan semangat Pakatan Rakyat dan reformasi tanpa menyentuh soal pembentukan Pakatan 2.0.

Kenyataan Azmin itu berbeza dengan pendirian DAP dan pimpinan PKR lain.

DAP telah mengumumkan PR sudah tidak wujud begitu juga dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang telah umumkan PR secara rasmi tidak berfungsi.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, walaupun PR sudah tidak wujud, kerja sama antara tiga negeri, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan akan diteruskan.

Anwar berkata, pakatan pembangkang akan muncul semula dengan lebih kuat dan kukuh.

Naib Presiden DAP, Teresa Kok pula baru-baru ini membayangkan penubuhan Pakatan 2.0 bagi menggantikan PR dengan penubuhan parti baru menggantikan Pas.

Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top