Nuffnang

SPRM : Dana Politik Perlu Di Audit!!


KENYATAAN MEDIA RASMI SPRM

SPRM BERHARAP PERUNTUKAN DANA POLITIK DIGUBAL DENGAN SEGERA

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menjalankan semakan berhubung isu 1MDB dan kini membantu agensi-agensi penguat kuasa yang lain dalam menjalankan siasatan berkaitan dengan isu itu.


Berkenaan dengan kenyataan media beberapa pihak yang mahu laporan Wall Street Journal bahawa dana 1MDB disalurkan untuk kempen Pilihan Raya Umum ke-13 Barisan Nasional (BN), isu ini merupakan salah satu perkara dalam pengetahuan pasukan siasatan isu 1MDB.

SPRM telah menerima aduan daripada tiga pertubuhan bukan kerajaan berhubung isu dana politik yang disumbangkan kepada Barisan Nasional (BN) ketika Pilihan Raya Umum ke-13.

Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan ini telah meminta SPRM supaya menyiasat sekiranya kemungkinan terdapat elemen rasuah dalam pemberian dana politik ini.

Sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas, SPRM akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut Akta SPRM 2009 secara telus dan profesional.

Pada masa yang sama, memandangkan dana politik menjadi perhatian ramai, SPRM sekali lagi ingin mengesyorkan agar peruntukan dana politik digubal bagi mengelakkan sebarang syak-wasangka ketika kempen pilihan raya.

Syor ini telah pun dikemukakan kepada Kerajaan di bawah inisiatif NKRA. Justeru, SPRM berharap semua parti politik akan menyokong peruntukan ini.

Antara saranan yang dibuat adalah parti-parti politik dikehendaki mengisytiharkan apa jua punca atau bentuk sumbangan kewangan sesebuah parti itu dan hendaklah dimasukkan ke dalam akaun parti serta ia boleh diaudit pada bila-bila masa bagi tujuan akauntabiliti dan pemantauan rapi oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan.

DATO’ SRI MOHD SHUKRI ABDULL
TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA (OPERASI)
SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA

29 JUN 2015
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top