Nuffnang

Tindakan Ini Akan Menghentikan Krisis Tun Mahathir - Najib?


Dalam politik, memang susah nak menentukan siapa kawan siapa lawan. Hari ini boleh jadi kawan, esok boleh jadi lawan. Hari ini keluar UMNO, esok terus masuk UMNO semula. Begitulah adanya.

Najib memang lemas dan sesak nafas dengan serangan Mahathir walaupun tokoh UMNO itu mengatakan dia hanya keseorangan. Tapi sebenarnya, artis tersohor Siti Nurhaliza pun menyokong Mahathir!

Kemelut Najib dan Mahathir tidak makan masa yang lama. Pasti tidak lama lagi dengan campur tangan orang tengah akan dapat menyelesaikan masalah mereka.

Masalah apa itu sebenarnya masih menjadi teka-teki. Benarkah masalah tentang Negara, atau masalah peribadi? Benarkah Mahathir begitu 'risau' akan Negara? Atau itu hanya 'alasan' Mahathir untuk mendapatkan sesuatu? 

Mungkin bukan untuk dirinya tapi untuk generasinya. Siapa tahu? Mahathir penuh dengan segantangpengalaman sepak terajang politik!

Tinggalkan dulu teka-teki itu, kerana ianya akan terjawab suatu hari nanti. Bila, percayalah kebenaran akan mengatasi kebatilan. 

Bagi pakatan, masa untuk 'menumpang' amukan Mahathir tidak akan bertahan lama. Nanti akan berahir jua. Jadi usahlah berasa selesa, bukankah pakatan sendiri berantakan?

Inisiatif MUBARAK 

Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) bersedia menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian berhubung kemelut antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.


Presidennya Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata penyelesaian segera perlu dilakukan agar ia tidak membuka ruang kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan persekutuan dan Umno.

"Kami (Mubarak) hormati pandangan Tun Dr Mahathir yang menyuarakan beberapa isu berkenaan cumanya mungkin cara (secara terbuka) tidak kena, apa salahnya beliau berjumpa perdana menteri dan berbincang secara baik bagi mencari jawapan.

"Sepatutnya ia diselesaikan dalam semangat kekeluargaan dan bukan secara terbuka seperti sekarang ini.

"Pihak-pihak di sana (Pembangkang) memang menunggu peluang ini untuk mereka serang kita (kerajaan)," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung kali ke-14 Mubarak Pulau Pinang, di Butterworth hari ini.

Majlis itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Anggta Parlimen Kepala Batas.

Sementara itu, Reezal Merican berkata semua pihak diminta memberi ruang kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB), syarikat pembangunan strategik milik penuh kerajaan, antara yang ditimbulkan Dr Mahathir. 

Reezal Merican berharap Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed dapat menyegerakan siasatan itu tanpa perlu menunggu keputusan Ketua Audit Negara.

Ini kerana PAC sendiri memiliki kuasa untuk memanggil mereka yang terlibat dalam isu 1MDB ini untuk menjawab segala persoalan.

- Bernama
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top