Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

RM500 RIBU : SUS Menteri Ditahan SPRM!!!


KUCHING - Setiausaha sulit seorang menteri persekutuan yang didakwa membuat tuntutan palsu sebanyak RM500,000 ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia 41 tahun itu, setiausaha sulit kepada seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dibawa ke Mahkamah Majistret di sini semalam untuk ditahan reman sehingga 20 April.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM Low Chin How membuat permohonan untuk melengkapkan siasatan mereka dan pendengaran dibuat secara tertutup di hadapan Majistret Zulhairil Sulaiman.

Walaupun ada bilik mahkamah khas untuk mendengar sebarang kes tahanan reman, peguam bela Wit Malang yang mewakili suspek, memohon agar pendengaran permohonan dibuat secara tertutup atas alasan bahawa anak guamnya adalah ‘very important person’ (individu yang sangat penting).

Suspek disiasat kerana didakwa membuat tuntutan palsu bagi dana kerajaan dari beberapa program dan jumlah terbabit dikatakan sebanyak RM500,000.

Siasatan akan dijalankan di ibu pejabat SPRM di Kuala Lumpur. - Borneo Post
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top