Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Tun M VS Najib : Ada Yang Nak Meroyan Dengan Titah Sultan Pahang!!


“Datuk Seri Najib seorang pemimpin yang sangat rajin dan saya sangat berbangga dengan beliau. Marilah kita sama-sama berdoa agar kepimpinan beliau kekal dan semua rakyat harus menyokongnya, jangan mengkritik bukan-bukan tentang perkara yang kita sendiri tidak tahu,” 


Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat di negeri ini, terus menyokong kepimpinan sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi kini.

Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang di Indera Mahkota di sini, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom, Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika diminta mengulas mengenai isu semasa, termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin yang akan diadakan 5 Mei ini, berikutan kematian anggota parlimennya, Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis pada 4 April lepas.

Baginda pada masa sama, turut menasihatkan rakyat agar sentiasa menjaga keamanan dan mengikut peraturan yang ditetapkan sepanjang tempoh PRK itu.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top