Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

Mahathir Mudah Lupa..... Dedah "RAHSIA" Najib!!!


Mahathir Buat Pasal Lagi.. Dedah Rahsia Najib. Heboh di media sosial semalam perihal "Rahsia" yang kononnya Tun Mahathir dedahkan kepada media mengenai DS Najib.

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak bertegur sapa dengan Datuk Seri Najib Razak selama 6 bulan selepas mendesak perdana menteri mendedahkan perjanjian projek 'jambatan bengkok'.

Dr Mahathir berkata, dalam satu pertemuan makan malam dengan Najib, beliau mempersoalkan mengapa Putrajaya tidak meneruskan projek itu walaupun perdana menteri sudah berjanji untuk berbuat demikian.

Namun katanya, Najib memberi alasan wujud perjanjian berkaitan Tambak Johor yang tidak boleh disentuh melainkan ada persetujuan kedua-dua belah pihak antara Malaysia dengan Singapura.

"Saya tanya tunjukkan saya perjanjian itu... tiada. Tidak ada perjanjian sebegitu.

"Kita buat sebelah kita, dia hendak buat dia buatlah," katanya dalam wawancara eksklusif disiarkan laman portal Perak Today.

Katanya, Najib tidak bercakap dengannya selama 6 bulan sehingga dipujuk 'Adnan Pahang', dipercayai merujuk kepada Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

"Ada beberapa perkara, selama 6 bulan dia tidak bercakap dengan saya.

"Selepas dia berbual dengan Adnan Pahang baru dia putuskan kami perlu bercakap semula," katanya.

Katanya, selepas itu beliau pergi berjumpa Najib di pejabat rasmi dan berbincang mengenai beberapa perkara, namun kesal tidak ada satu pun cadangannya diterima pakai.

Dr Mahathir berkata, pembinaan tersebut perlu dilaksanakan meskipun Singapura tidak memberikan persetujuan terhadapnya kerana kawasan projek tersebut tidak melibatkan kawasan republik itu.

Katanya, sebagai negara yang merdeka, Najib tidak perlu meminta persetujuan daripada Singapura.

“Adakah kita sebahagian daripada Singapura? Hendak buat kereta api perlu bertanya kepada Singapura, Singapura halau dari sana… kita pula pergi minta hendak buat di Singapura,” soalnya.

Beliau turut mengingatkan pentadbiran Najib supaya berhati-hati membelanjakan wang negara kerana Malaysia bukan negara yang kaya-raya.

Jambatan bengkok dalam perancangannya mahu dinamakan sebagai Jambatan Indah, merupakan struktur jambatan sepanjang 1.4 kilometer bagi menggantikan Tambak Johor sepanjang 1.06 kilometer yang sudah digunakan sejak tahun 1923.

Pembinaan jambatan itu dihentikan selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.


Kah...Kah...Kah.... Rahsiakah sangat? Yag pasti selepas ini bukan lah lagi rahsia selepas "didedahkah" kepada umum. Betul tak?

Wahai ayahku Tun, sebagai seorang ayah adakah perlu kita menceritakan semua perihal rumahtangga kita kepada masyarakat? Tak puas hati dengan anak, kita cerita kat orang pasai apa kita tak puas hati tu?

Tun...cukup-cukuplah memecahbelahkan Melayu. Banyak lagi cara yang Tun boleh lakukan sebagai seorang Negarawan Ulung negara. Tak sanggup rasanya di penghujung usia Tun ini akan diakhiri dengan umpat, keji dan cacian semata-mata.

Mengapakah Tun "melepaskan" jawatan kalau semata-mata untuk menjatuhkan semua pengganti Tun?

Atau.......adakah "RAHSIA" di sebalik perletakan jawatan Tun dalam kerajaan dan UMNO sebelum ini?

Err.....Dengar-dengar macam ade, tapi......biarlah rahsia buat masa ini.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top