Jelas terdapat banyak perkara yang boleh diperkatakan tentang kritikan-kritikan yang dibuat oleh Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib Razak. Tetapi saya akan mengehadkan diri saya kepada beberapa isu-isu yang mempunyai kepentingan perlembagaan.
Pertamanya, serangan itu bukan hanya kritikan terhadap seorang pemimpin parti tetapi yang lebih penting, ia adalah mengenai sebuah kerajaan yang dasar-dasarnya sedang dikecam.
Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui pandangan menteri-menteri mengenai BR1M dan 1MDB, sebahagian daripada dasar-dasar ini telah dikecam Mahathir dan juga penyokong-penyokong beliau, seperti Daim Zainuddin.
Lebih penting lagi, pengundi mempunyai hak untuk mengetahui pendirian menteri-menteri dalam isu-isu ini. Ini adalah rasional doktrin perlembagaan; tanggungjawab bersama ahli-ahli Kabinet.
Isu-isu lain seperti kebebasan bersuara atau sama ada dasar-dasar ini baik atau sebaliknya adalah tidak relevan. Ini kerana apabila seseorang ahli parlimen menerima jawatan menteri, beliau terikat dengan doktrin ini. Tanpa doktrin ini, adalah sukar untuk membuat kerajaan semasa bertanggungjawab atas tindakannya.
Oleh itu, ketua Pemuda Umno dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhak untuk menyatakan yang beliau lebih menggemari 1Malaysia berbanding Wawasan 2020. 1Malaysia merupakan slogan yang dicipta oleh Najib, sedangkan Wawasan 2020adalah hasil buah fikiran Mahathir.
Khairy telah menyatakan pendiriannya dalam hal Mahathir lawan Najib. Sebelum ini, Hishammuddin Hussein, naib presiden Umno dan Menteri Pertahanan, juga telah mempertahankan Najib yang kebetulan merupakan sepupunya. Untuk rekod, Najib dan Hishammuddin merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri-Perdana Menteri.
Tidak seperti Hishammuddin dan Khairy, pendirian Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin, seorang anggota penting dalam Kabinet, masih tidak jelas. Beliau dilihat goyah apabila pemberita bertanyakan kepadanya tentang wawancara secara langsung yang dijalankan Najib untuk menangani kritikan Mahathir. Tetapi ini tidak terlalu mengejutkan, memandangkan Muhyiddin tidak berada di halaman yang sama dengan Najib, dalam isu 1Malaysia.
Persoalan-persoalan juga telah ditimbulkan mengenai Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir yang merupakan anak Mahathir. Secara teknikal, Mukhriz tidak terikat dengan doktrin tanggungjawab bersama, terutama dalam cara prinsip perlembagaan ini mengikat Muhyiddin, Hishammuddin atau Khairy.
Walau bagaimanapun, politik moden kini telah berada pada tahap di mana implikasi doktrin itu telah melampaui ahli-ahli Kabinet. Nampaknya kini doktrin ini terpakai kepada semua pemimpin dan tokoh-tokoh utama parti. Ini sukar untuk dielakkan kerana dalam pilihan raya umum, parti-parti politik diundi dan dijatuhkan kerana polisi mereka.
Tidak perlu dikatakan lagi, dasar-dasar seperti 1Malaysia, BR1M dan 1MDB juga terpakai ke atas kerajaan. Dari segi politik, Mukhriz memiliki jawatan itu kerana pengaruh dan pengaruh bapanya. Beliau kalah kepada Khairy dalam pertandingan bagi memimpin Pemuda Umno.
Mukhriz juga telah tewas kepada Hishammuddin dalam pertembungan bagi kerusi naib presiden ketiga dan terakhir parti itu.
Secara teknikal, Mukhriz tidak bertanggungjawab ke atas Najib kerana Mukhriz bukannya ahli kabinet persekutuan yang diketuai oleh Najib. Tetapi dari segi politik, Mukhriz berada di bawah kekuasaan Najib. Lihat sahaja bagaimana Najib menangani kritikan-kritikan Mahathir.
Daripada menanganinya sendiri, Najib sebaliknya telah memilih untuk mengelakkannya; dan menyerahkannya kepada menteri-menteri seperti Hishammuddin dan Khairy, kedua-duanya secara kebetulan memiliki dendan lama dengan Mahathir.
Sebagai pemimpin parti, Najib mungkin akan memberikan isyarat kepada ahli-ahli Umno di Dewan Undangan Negeri Kedah untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Mukhriz sebagai ketua kerajaan Kedah. Jika ini berlaku, Mukhriz tidak mempunyai pilihan selain meletakkan jawatan.
Perlu dinyatakan yang tanggungjawab bersama sebenarnya tidak terpakai ke atas Muhyiddin dan Mukhriz. Pertamanya, kedua-dua mereka telah berdiam diri. Sehabis kuat pun, terutamanya di pihak Muhyiddin, beliau goyah dan ragu-ragu.
Ini adalah wajar dalam sempadan doktrin perlembagaan. Apa yang berbahaya adalah apabila seorang ahli Kabinet bersikap keras kepala, seperti yang dilakukan Dr Rais Yatim semasa kerajaan Mahathir pada tahun 1987. Atau cara Zaid Ibrahim menentang cara penggunaan ISA oleh Pentadbiran Abdullah Badawi, pada tahun 2008.
Namun begitu, kedudukan Mukhriz adalah goyah selagi ayahnya terus menyerang Najib. Oleh itu beliau mesti membuat keputusan: menyebelahi bapanya atau menyatakan sokongan kepada Najib. Dia tidak boleh berdiri di atas pagar.
Dr Abdul Aziz Bari adalah bekas profesor undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), yang kini mengajar di Universiti Selangor (Unisel).
- SUMBER
Manakala tulisan di Portal MyKMYu pula membayangkan Shafie juga antara yang bakal "dibekukan".
BILA Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein bersuara mempertahankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dari serangan ‘tidak faham bahasa’ oleh Tun Dr Mahathir, ia adalah sebenarnya mewakili suara seorang Naib Presiden yang mempertahankan Presidennya.
Sekalipun kelompok pemuja Tun Mahathir melihat kenyataan Hishamuddin sebagai tindakan seorang sepupu mempertahankan sepupunya yang lain, tapi suka diingatkan, kalau tidak kerana pesan Tun Razak kepada sepupunya Tun Hussein Onn dulu, Tun Mahathir tidak akan jadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri.
Faham sajalah maksud tu, kalau tidak, sila rujuk sejarah.
Takdir? BR1M juga adalah takdir, Altantunya mati pun adalah takdir tapi itu bukan penghalang untuk Tun Mahathir kan?
Kedua-dua mereka pun berada di dalam kabinet Tun Mahathir dulu buat masa yang panjang. Bermaksud, Tun Mahathir sendiri mengiktiraf peranan dan pengaruh kedua mereka sekalipun tahu bersaudara.
Pendek kata, hubungan persaudaraan itu bukanlah satu masalah sehingga kenyataan Hishamuddin mempertahankan Najib hari ini nak dijadikan isu oleh pemuja Tun Mahathir kerana ia (hubungan itu) diikiktiraf Tun Mahathir sendiri sewaktu berkuasa.
Yang penting sekarang ialah, setelah Hishamuddin bersuara, kita semua menanti kenyataan sama dari seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal. Seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi, awal-awal lagi telah menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Najib.
Meskipun BNBBC Sabah telah membuat kenyataan berdiri teguh di belakang kepimpinan Perdana Menteri, kenyataan dari Shafie sangat penting untuk memuktamadkan terus gerakan menurunkan Perdana Menteri oleh Tun Mahathir dan kumpulannya.
Bukan rahsia Tun Mahathir sedang menyebarkan fahaman salah dikalangan segelintir pemimpin UMNO yang dipanggil ke pejabatnya bahawa Datuk Seri Najib sedang kehilangan sokongan dari UMNO.
Tapi kesedaran bahawa dakwaan itu adalah pembohongan semata mata mula ketara setelah satu persatu dari top 5 dalam UMNO seperti Timbalan Presiden, 2 Naib Presiden dan Setiausaha Agung sudah menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan Perdana Menteri.
Hanya menanti kenyataan dari Shafie saja sekarang lepas itu Tun Mahathir boleh hidup dalam dimensinya sendiri.
- SUMBER
0 Komen:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....