Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

INDIVIDU BERPENGARUH : Kejayaan Tony Fernandez Kebanggaan Negara?


“Ini adalah penghargaan yang sangat besar untuk tersenarai dalam senarai TIME top 100 – Saya tidak menyangka akan menerima berita ini tetapi saya sangat berbesar hati dan pada masa yang sama berasa rendah diri.”

Majalah TIME telah menyenarai Tony Fernandes dalam senarai TIME 100 tahun 2015, senarai tahunan majalah ini yang menyenarai 100 Individu Paling Berpengaruh di Dunia. Senarai tahun yang ke-12 ini mengiktiraf aktivisme, inovasi dan pencapaian individu paling berpengaruh dunia.

Dengan visi bagi mendemokrasi penerbangan, Tony Fernandes mengasas bersama AirAsia pada tahun 2001 dengan rakan perniagaan beliau Datuk Kamarudin Bin Meranun, telah membeli AirAsia yang sedang mengalami kerugian pada masa itu dari pemiliknya dengan token bernilai satu ringgit ($0.30 USD) dengan hutang lebih dari USD11 juta. 

Tidak terlepas dari fokus dalam menawarkan produk bernilai tinggi dan pada harga berpatuttan membatasi segala cabaran, Tony Fernandes telah mencetus industri penerbangan di Asia dan di rantau ASEAN, menghubungkan komuniti-komuniti dan budaya yang bebeza yang secara lansung merancakkan ekonomi di rantau ini. Produk inovatif dan pasaran kreatif yang ditawarkan mengubah syarikat penerbangan itu menjadi peneraju industri. 

Hari ini, AirAsia adalah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia, beroperasi dengan jaringan hubungan terluas dengan lebih dari 90 destinasi. Dalam masa 13 tahun beroperasi, AirAsia telah membawa lebih dari 280 juta orang penumpang dan telah menambah pesawatnya dari hanya dua pesawat ke lebih dari 190 pesawat dengan operasi penerbangan jarak dekat yang beroperasi di Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan India, dan penerbangan jarak jauh yang beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Thailand.

AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah terbaik Dunia pada acara tahunan oleh World Airline Survey dari Skytrax bagi tempoh enam tahun berturut-turut dari tahun 2009 – 2014.

“Ini adalah tahun yang mencabar tetapi keseluruhan karier saya adalah mengenai cabaran dan dengan setiap halangan, kami belajar dan menjadi lebih baik. Saya percaya kami mengorak langkah terus ke hadapan dan saya sangat teruja menghadapai masa akan datang. Tahun ini adalah mengenai penumpuan terhadap bisnes utama bermula dengan AirAsia. Kami komited untuk memperkukuh nilai utama kami dalam menyediakan produk bernilai tinggi dan terus mengembangkan jaringan laluan kami di rantau Asean dan lebih jauh". 

"Kami adalah sentiasa mengenai perkhidmatan kami yang tersedia bagi mereka yang tidak mempunyai akses, sama ada melalui servis dan produk atau memberi peluang kepada staff kami di mana sebagai contoh kami mempunyai juruterbang yang pernah menjadi pembantu pembelian, ketua bahagian yang bermula sebagai pengendali bagasi dan krew penerbangan yang pernah menjadi pembantu pengurusan. Harapan saya adalah bagi usaha kami menerusi AirAsia dan Kumpulan Tune membolehkan dan menginspirasi generasi usahawan seterusnya dari Asean dan pemilik SME dan membolehkan mereka Berjaya.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kakitangan bagi serata bisnes saya di AirAsia, Kumpulan Tune, QPR, dan Caterham yang bersama saya menghadapi semuanya ke atas sokongan dan kerja keras mereka. Bersama kami akan terus meneraju pasaran.”

Senarai sepenuhnya dan penghargaan berkaitan akan di terbitkan dalam edisi 27 April Majalah TIME, dan boleh mula didapatkan bermula hari ini, Jumaat dan kini di laman www.time.com/time100.


Ikuti @TIME bagi sebarang kemas kini di Twitter dan Facebook.com/TIME dan #TIME100. Ikuti @AirAsia bagi kemaskini dan nerita terkini mengenai AirAsia dan promosi di FacebookTwitter, Instagram dan LINE.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top