Nuffnang

PERMATANG PAUH : Sah!!! Sediakan Kipas, Baldi Dan Tuala Muka!!!


Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail telah disahkan akan bertanding sebagai calon PKR di kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dijadualkan berlangsung 7 Mei ini.


Menurut sumber, pengesahan itu dibuat oleh sumber dalaman parti itu sendiri dan mengakhiri spekulasi bahawa anak kedua Datuk Seri Anwar, Nurul Nuha bakal mengisi kekosongan kerusi berkenaan.


Sekiranya benar maklumat berkenaan, ia pasti bukan perkara baru bagi pengundi di kawasan Permatang Pauh kerana mereka telah 'muak' dengan jasa yang telah diberikan oleh Wan Azizah sebelum ini.

Wan Azizah pernah menyandang kerusi yang ditinggalkan Anwar itu pada 1999 selepas Anwar dihumban ke penjara ekoran didapati bersalah dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah. 

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota Parlimen kawasan itu, sekaligus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen. -Utaranews.com

Majlis pelancaran jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh semalam diadakan tanpa penglibatan pemimpin tertinggi PAS Pusat.

Majlis itu dihadiri kesemua pemimpin tertinggi PKR dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, namun PAS hanya diwakili Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff; Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir, Datuk Mohd Salleh Man.

Ketika berucap, Mujahid berkata bahawa timbalan presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu, tidak dapat hadir pada majlis tersebut
berikutan alasan yang tidak dapat dielakkan.

"Walaupun timbalan presiden kita tidak dapat hadir, PAS negeri akan memberi 101% sokongan kepada PKR dalam PRK Permatang Pauh. PAS komited dengan rakannya dalam pakatan pembangkang," katanya.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Jentera PKR memilih slogan "Demi Rakyat, Bantah GST Tegakkan Keadilan" bagi menghadapi kempen PRK Permatang Pauh.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei ini, penamaan calon pada 25 April manakala pengundian awal pada 3 Mei.

PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan pada 16 Mac lepas, yang menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sekaligus menyebabkan ketua pembangkang itu hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan. – Bernama, 15 April, 2015.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top