Nuffnang

LUPA DIRI? Tun M Bercakap Seolah-Olah Pemimpin Suci?


Aku memang salah seorang yang mengkagumi Tun Dr Mahathir, Bapa Pemodenan Malaysia. Ketegasan, kepetahan berkata-kata berserta fakta, dan kelantangan memperjuangkan hak Malaysia di pentas dunia memang patut dibanggakan.

Namun, sejak akhir-akhir ini, nilai hormat dan kagum itu mulai pudar. Sedar, aku hanya insan kerdil yang tidak mampu walau untuk meninggalkan rasa gatal di kulit Tun, apatah lagi untuk melukakannya. Namun, aku juga punya hak untuk berkata-kata, berkongsi rasa dan pandangan.


Apakah Tun seorang yang maha suci yang tidak bisa melakukan kesalahan apatah lagi dosa? Dan apakah juga mereka-mereka yang dibawah kepimpinan Tun juga terselamat melakukannya?

Sesungguhnya, komen dan kenyataan Tun di bawah ini amat-amat mengecewakan.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berterus terang apabila mengakui bahawa jika BN kalah dalam pilihan raya umum akan datang, ramai orang bakal dihadap ke mahkamah.


Beliau mengulas berhubung skandal firma pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibimbanginya boleh menjatuhkan BN pada pilihan raya umum akan datang.


"Saya fikir, kalau dia (Najib) tak ada, BN menang. Sebab itula ia perlu buat sekarang, sebab kita mempunyai masa untuk bekerja untuk memulihkannya.


"Tapi yang saya takut sekali, apabila parti lawan menang, (dan) kita kalah, parti lawan tak ada simpati.


"Nanti dia cungkil. Bila dia cungkil, mungkin ada yang akan dihadap ke mahkamah, dan mungkin akan didapati bersalah.


"Kalau BN kalah... banyak orang akan berdepan kesan yang lebih besar," kata Dr Mahathir dalam satu video klip temubual yang dimuatnaik dalam Youtubesemalam.


Wawancara lima bahagian yang dimuatnaik sejak 10 April lalu oleh seorang penulis blog yang dikenali sebagai Din Turtle, yang mendakwa merakamnya dalam satu majlis melibat blogger pada hari tersebut.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top