Blogger Tips and TricksLatest Tips And TricksBlogger Tricks

TOLAK AZIZAH!!! Guan Eng Cuci Tangan!!!


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyerahkan kepada PKR untuk menentukan sama ada kenyataan PAS Permatang Pauh menolak Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, mewakili parti itu atau sebaliknya.

“Saya fikir PKR akan tentukan sama ada ini adalah pendirian rasmi PAS atau tidak. Biar PKR selesaikannya. Calon belum diumumkan lagi, jadi tunggu lah, ” katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan akhbar pada Rabu yang memetik Ketua Penerangan PAS kawasan Permatang Pauh Jamsari Samad sebagai berkata, PAS Permatang Pauh menolak Presiden PKR itu atau mana-mana anggota keluarganya diletakkan sebagai calon pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon anggota parlimen kawasan itu Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui anggota keluarganya sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 7 Mei, penamaan calon 25 April manakala pengundian awal 3 Mei – BERNAMA
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Networkedblog

MENARIK

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top