Nuffnang

PANASSS!!!! Aksi Remy Ishak Dan Izara Aishah Dikecam!!!


Sekali lagi bekerja di bawah arahan pengarah Osman Ali melalui filem Pilot Cafe selepas Cun dan Sejoli, Remy Ishak dalam masa yang yang sama sempat berkongsi pengalamannya dalam menjayakan watak Rashid selaku pemuda kampung.

“Saya pernah baca novel Pilot Cafe sewaktu zaman sekolah. Saya pernah bercita-cita nak jadi juruterbang jadi saya memang pernah berangan nak berlakon sebagai Ameer tetapi mungkin bukan rezeki saya kali ini,” kata Remy.

Tambah Remy antara babak yang cukup mencabar dirinya adalah ketika babak berasmara bersama Maya (lakonan Izara Aishah) di atas batu. Remy juga dalam masa yang sama turut mengalami kecederaan ketika melakukan babak tersebut.

“Babak itu di mana kami berdua berbaring di atas batu di pantai. Ketika penggambaran babak itu, ombak sangat besar. Sebelum buat babak itu aya ada beritahu Izara yang saya rasa takut sebab memang ombak kuat pada masa itu”

“Ada sekali kami dipukul ombak dan hampir hanyut. Mujurlah tangan saya mencengkam kuat pada batu tersebut. Ketika lakukan babak itu juga kaki saya tercucuk batu karang yang ada di celah batu tersebut dan mengalami pendarahan”

“Kesannya sampai sekarang di tapak kaki saya ada satu lubang kecil akibat tusukan karang itu,” katanya berkongsi pengalaman bersama portal Malaysian Digest. (rtky/s)


Dalam perkembangan lain, Izara Aishah menegaskan beliau tidak mahu tampil dengan imej seksi dalam menjayakan watak sesebuah drama mahupun filem. Jika beliau terpaksa melakukan perkara tersebut, Izara akan memastikan agar pakaian yang diberikan tidak menjolok mata dan masih lagi kelihatan sopan.

Permintaan Izara itu dihormati oleh semua produksi dan mereka memberikan kerjasama yang baik ketika berada di set penggambaran.

Saya memang segan kalau berpakaian seksi untuk membawa watak dalam lakonan, kalau terpaksa jua saya pastikan baju tersebut tidak terlalu menjolok mata dan masih lagi sopan.

Ada beberapa pihak yang mengatakan perubahan Izara itu telah dipengaruh oleh teman lelakinya Adib Khalid. Walaubagaimanapun, pelakon jelita itu menjelaskan keputusan itu lahir dari hatinya sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak.

Pada masa yang sama, Izara menepis dakwaan sudah berubah kepada seorang gadis yang sombong dan tidak peramah lagi sejak berteman rapat dengan Adib.

Mana ada, saya sama seperti dahulu kadang-kadang saya yang memanggil peminat untuk bergambar dengan saya disebabkan mereka malu untuk bertanya, jadi isu ini saya rasa tidak wajar diperbesarkan dan apa yang penting saya kenal diri saya yang sebenar.
Share this article

0 Komen:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....

Nuffnang 3

MENARIK

BB Followers

 
Copyright © 2014 Belia Bangkit • All Rights Reserved.
Distributed By Free Blogger Templates | Template Design by BTDesigner • Powered by Blogger
back to top